Sebaik-baik Umat, Dakwah dan Iman

Ali-Imran [110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…

Sebaik-baik Umat

Para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik umat kerana mereka melakukan kerja dakwah. Islam tersebar melalui mereka yang menyampaikan kandungan Al-Quran dan hadith ke serata dunia. Kita juga adalah umat terbaik yang ditugaskan untuk berdakwah.

Berdakwah adalah satu jihad (pengorbanan), hukumnya fardhu kifayah (dalam keadaan biasa) dan hendaklah ada satu golongan yang berdakwah dan melakukan kerja agama. Hendaklah ada satu group (walaupun sedikit bilangannya) yang melakukan gerakan dakwah.

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Teknik Dakwah

Berdakwahlah dan nasihatlah dengan cara yang hikmah, baik dan lemah lembut. Para Nabi bersifat Fatonah iaitu bijaksana dalam menyampaikan dakwah mereka, iaitu mereka melihat keadaan atau mood sasaran dakwah mereka. Semasa berdakwah lihatlah keadaan dan ‘mood’ orang yang hendak didakwah itu. Dakwahlah semasa dia berada dalam keadaan tenang dan bukannya semasa dia sedang kelam-kabut atau bermasaalah.

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik ;

Berilah nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) dan secara lemah lembut. Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik). Begitu juga para pendakwah dalam menarik manusia kepada Islam

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Ali-Imran [159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah Subhanahuwata’ala (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu

Dalam melakukan kerja dakwah, kita perlu pesan-memesan tentang kebenaran. Dalam hadith disebut “bercakap benarlah walaupun pahit” dan “bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan). Kita perlu sabar dengan kemarahan orang kerana akan ada orang yang akan marah atau tidak suka dengan nasihat kita.

Al-Asr [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Beriman Kepada Allah

Kita juga adalah sebaik-baik umat kerana beriman kepada Allah. Tugas kita yang paling besar adalah beriman kepada Allah. Allah jugalah yang mencipta dan memberi rezeki kepada kita.

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah swt menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (Mulk:21)

Hanya Allah yang layak dipercayai, diimani dan disembah. Hanya Allah mengakui bahawa dia adalah tuhan kepada manusia. Sembahan-sembahan lain tidak pernah membuat pengakuan seperti ini.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (An-Nas:1) Yang Menguasai sekalian manusia. (An-Nas:2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (An-Nas:3)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: