Semuanya Milik Allah dan Kembali Kepadanya

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109)

Dalam ayat ini Allah mendakwa bahawa dialah yang memiliki secara mutlak (penuh) segala yang berada di langit dan juga di bumi. Allah jugalah yang mencipta 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi.

An-Naba [12] : Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] : Allah swt yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Dalam quran Allah s.w.t menceritakan bahawa langit itu boleh digulung dan juga boleh pecah:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Maryam [90] : Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] : Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

Semuanya adalah milik Allah, walaupun sehelai bulu roma di badan kita atau setengah nafas kita. Semuanya diberi oleh Allah sebagai kemudahan asas untuk kita hidup di dunia ini. Allah cipta kita tidak sia-sia atau main-main, dan kita akan kembali kepadanya.

Al-Mukminun [115] Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Setiap makhluk Allah akan dikembalikan kepadanya, samada manusia, jin atau binatang. Bahkan binatang juga dibangkitkan semula dan diberi peluang untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh binatang lain terhadap mereka.

Benar-benar Allah akan memberikan semua tuntutan kepada yang berhak menerimanya di hari kiamat, sehingga seekor kambing yang bertanduk (yang pernah ditanduk) akan (disuruh) menanduk kambing yang bertanduk (yang pernah menanduknya). (Riwayat Muslim)

Namun binatang yang dibangkitkan itu akhirnya akan kembali menjadi tanah. Berbeza dengan manusia dan jin yang akan dikekalkan untuk diberikan balasan, walaupun ada golongan kafir yang meminta agar mereka kembali menjadi tanah.

An-Naba [40] Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).

 

2 Respons to “Semuanya Milik Allah dan Kembali Kepadanya”

  1. nia Says:

    “Namun binatang yang dibangkitkan itu akhirnya akan kembali menjadi tanah. Berbeza dengan manusia dan jin yang akan dikekalkan untuk diberikan balasan, walaupun ada golongan kafir yang meminta agar mereka kembali menjadi tanah.”

    saya selalu tertanya2.. di syurga nnt tiada binatangkah? sbb spt yg dikatakan ia kembali menjadi tanah?
    **maaf andai kurang educated soalan ini. :)

    • sulaiman Says:

      Tidak mengapa..
      Manusia diberikan akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, tetapi binatang tidak diberikan akal.
      Oleh sebab itu manusia akan dibalas mengikut kebaikan atau kejahatan yang dipilih oleh akalnya sendiri.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: