Bercakap dengan Allah Melalui Sembahyang dan Quran

Orang yang membaca Al Qur’an keadannya adalah sama seperti dia sedang berkata-kata dengan Allah sebagaimana hadith Nabi yang bermaksud “Sesiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Allah maka hendaklah membaca Al Qur’an”. Selain itu jika kita hendak bercakap dengan Allah s.w.t, kita boleh melakukan solah kerana sembahyang adalah hubungan dengan Tuhan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Berkata seorang ulama bernama al-Hakim: “ Jika kamu ingin Allah s.w.t ‘bercakap’ denganmu,bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin bercakap’ dengan Allah s.w.t, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan,pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah s.w.t”.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

“Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”

Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah.

Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang bercakap dengan kita. Allah menjawab bacaan kita. Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
”….. apabila hamba itu berkata , ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku’; apabila hamba itu berkata ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu’; apabila hamba itu berkata مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) , Allah menjawab ‘Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) , Allah menjawab ‘ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku’ (Hadith Sahih Muslim)

Imam Syafie khatam (menghabiskan) bacaan quran dalam dua rakaat sembahyang malamnya, manakala Imam Abu Hanifah pula khatam quran dalam satu rakaat sembahyang malamnya.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Bercakap dengan Allah Melalui Sembahyang dan Quran”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: