Dalam Syurga Pun Masih Perlukan Ulama

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kamu kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama lalu berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaimana mereka memerlukan sewaktu di dunia”. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w., mengapa ahli syurga memerlukan ulama di syurga nanti sedangkan di sana tidak perlu melakukan ibadah dan tidak ada larangan melakukan apa-apa kerana sudah tiada hukum syarak.

Allah s.w.t mengekalkan status ulama di syurga. Tujuannya ialah supaya mereka dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta daripada Allah s.w.t apabila Allah berfirman “Mintalah” semasa diadakan majlis mingguan bersama Allah setiap Jumaat.

Di syurga, ada perkara yang tidak sesuai untuk diminta, misalnya tidak sesuai untuk meminta sesuatu yang busuk kerana syurga adalah tempat yang indah, maka ahli syurga masih perlu merujuk kepada ulama.

Ketua ulama di syurga ialah Muaz Bin Jabal r.a.. Ketua orang mukmin yang mati semasa usia muda ialah Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Ketua bagi mukmin yang mati semasa usia tua ialah Sayyidina Abu Bakar.

Kita Dicipta Untuk Menghadiri Majlis Allah di Syurga

Dunia ini dijadikan oleh Allah s.w.t untuk kita dan kita pula dijadikan untuk kembali bertemu Allah di syurga nanti.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (Baqarah:21) Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Baqarah:22)

Pertemuan Dengan Allah Di Syurga

Ahli syurga kelas VIP bertemu Allah s.w.t dalam majlisnya setiap hari. Syurga kelas VIP banyak dipenuhi orang-orang terdahulu dan sedikit sahaja dari golongan kemudian..Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin.

Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

Orang-orang soleh yang terdahulu sebelum kita sangat sedikit tidur mereka. Dalam sebuah riwayat oleh Abdullah Bin Mubarak, seorang ulama hadith, Imam Abu Hanifah tidak pernah tidur malam selama 40 tahun kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam dan beliau mengekalkan wuduk solat Isyaknya hingga solat Subuh selama 45 tahun. Beliau  hanya tidur sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit.

Ahli syurga yang lain bertemu Allah seminggu sekali. Manakala kaum perempuan bertemu Allah 2 kali setahun iaitu pada hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha.

Nikmat Yang Paling Besar Di Syurga.

Diriwayatkan oleh sahabat Shuhaib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah s.w.t. bertitah, “Mahu kamu sekiranya aku tambahkan sesuatu ?  Mereka menjawab “’Bukankah Engkau telah jadikan wajah-wajah kami bersinar, bukankah Engkau telah masukkan kami ke dalam syurga dan Engkau selamatkan kami daripada neraka?’.  Lalu Allah membuka tabir yang menghalangi mereka daripada Allah s.w.t, maka tiadalah mereka diberi suatu kenikmatan yang lebih mereka sukai dan nikmati daripada memandang pada Tuhan mereka Yang Maha Agung dan Luhur. (Shahih Bukhari)

Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, ahli syurga akan melihat Allah semasa mereka berada di dalam syurga.

Qiyamah [22] : Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] : Melihat kepada Tuhannya.

Advertisements

4 Respons to “Dalam Syurga Pun Masih Perlukan Ulama”

  1. azwa Says:

    salam.bolehkah seseorang minta sesuatu yang diharamkan di dunia ini di syurga, contohnya dijodohkan dengan sesama jenis?

  2. Farhan Rahman Says:

    salam,jadi apa yang kita tahan daripada nafsu sesama jenis tidak akan kita jumpalagi di syurga???bukankah dikatakan oleh allah bahawa tiada hukumsyarak lagi……x pham lar….pandangan

    • sulaiman Says:

      Di syurga tidak perlu kepada nafsu sesama jenis, kerana di sana nikmat seks berlainan jenis jauh lebih hebat.
      Di syurga tiada hukum syarak. Kita jumpa ulama untuk tanya apa yang sesuai diminta dari Allah. Ulama akan beri nasihat apa yang sesuai diminta.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: