Celaka Besar Bagi Orang Kafir

……dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim: 2)

Neraka Untuk Orang Kafir dan juga Orang Islam yang Hidup Secara Kafir

Neraka sebenarnya disediakan untuk orang-orang kafir.

Ali-Imran [131] : Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Timbul persoalan, mengapa ada orang Islam yang masuk neraka. Ulama mengatakan bahawa orang Islam yang masuk neraka adalah mereka yang hidup seperti orang kafir. Perangai dan perbuatan mereka menyamai perbuatan orang kafir seperti tidak bersembahyang, meminum arak dan sebagainya. Selain dari itu, mereka lebih mengutamakan dan menyayangi dunia berbanding akhirat.

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah swt, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)

Orang Islam yang dimasukkan ke neraka adalah untuk dibersihkan diri mereka dari dosa yang telah mereka  lakukan semasa hidup didunia dulu. Mereka di azab dengan kulit badan mereka tidak diganti. 

Berbanding dengan orang kafir, mereka dimasukkan ke neraka adalah untuk dihina. Kulit badan mereka sentiasa diganti, apabila telah diazab, kulit diganti semula seperti sediakala kemudian diazab lagi begitulah seterusnya.  

An-Nisaa [56] : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Tidak Ada Kematian di Neraka

Orang yang masuk ke dalam neraka itu tidak hidup dan tidak mati, bak kata pepatah seperti “hidup segan mati tak mahu“.

Al-A’la[13] : Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Furqan [13] : Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (bagi melepaskan dari azab itu).

Mereka meminta kebinasaan (dimatikan semula) kerana tidak tahan dengan seksaan azab neraka itu.

Furqan [14] : (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya).

Minuman Ahli Neraka

Minuman mereka adalah air panas, tembaga cair, danau, air danau iaitu darah bercampur nanah, air dari kemaluan perempuan berzina yang mati tidak bertaubat.

Muhammad [15]…..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?….

Al-Kahfi [29] …dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Ibrahim [16] Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur (wanita-wanita penzina).”(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Tiada Jalan Keluar Bagi Orang Kafir

Apabila orang kafir naik ke lapisan atas dan hendak keluar dari neraka, mereka dicampak kembali oleh malaikat ke dalamnya:

Al-Hajj [22] : Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Bekas Ahli Neraka

Orang Islam yang telah dibersihkan dari dosa dan setelah selesai menerima azab neraka, mereka akan dikeluarkan umpama bekas banduan.  Mereka dipakaikan kalung atau di dahi mereka tertulis dengan perkataan “bekas ahli neraka”. 

Daripada Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w Baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’ (Bukhari). “:

…..Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalung, sehingga para ahli syurga dapat mengenali mereka. Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga, tanpa amal yang mereka kerjakan dan tanpa kebaikan yang mereka lakukan.

Namun di syurga Allah swt memenuhi apa saja permintaan ahlinya, lalu mereka meminta agar dipadamkan tanda “bekas ahli neraka” itu.

Oleh itu berjaga-jagalah kita agar tidak dimurkai Allah. Apabila Allah swt murka, maka nerakalah tempatnya.

Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man ‘asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli

Semoga Allah s.w.t. melindungi mereka yang ingin lari daripada azab api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan hanya bersedeqah sebiji buah tamar” (Riwayat Muslim).

Advertisements

7 Respons to “Celaka Besar Bagi Orang Kafir”

  1. wanitabertudunghijau Says:

    sukanya entry ni

    teruskan perjuangan

  2. udin Says:

    kalau tiada keberatan mohon untuk di share kan post celaka besar bagi orang kafir tu

  3. Mulgap Says:

    Sungguh kita mengucap syukur,karena di dunia ini masih banyak orang orang kafir, mereka lah yang membuat pesawat terbang sehingga kita kaum muslim bisa menunaikan Rukun Islam yang Ke 5. dengan nyaman, kita bisa naik kendaraan bermotor, kita bisa punya alat komonikasi, alat alat kedokteran, listrik, komputer dal lain sebagainya( semua itu adalah karya kaum kafir). Apakhah kita tidak sadar atas hidayah yang di berikan Allah kepada kaum kafir, Lihat lah yang melekat pada tubuh kita, bukan kah sebahagian besar karya kaum kafir, mesin tenun pakaian yang kita pakai juga dibuat oleh kaum kafir, Sebahagian besar kihidupan kau modern tergantung kepada karya kaum kafir, Apakah yang saya katakan ini salah, silahkan saudara saudara ku memberikan tanggapan.

    • sulaiman Says:

      Umat Islam lemah pada hari ini kerana mereka kurang berilmu. Mereka tidak mampu mencipta kipas sendiri, apalagi hendak mencipta kapal terbang, senjata atau peralatan perang sendiri. Kerana itu mereka terpaksa bergantung kepada kuasa asing, yang tidak mungkin akan memberikan peralatan yang terbaik. Jika dahulu orang merujuk kepada pakar ilmuan Islam, sekarang ini orang Islam pula yang merujuk.

      Rasulullah saw telah bersabda:Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

      Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: