Dugaan Dalam Perjuangan Agama

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (Ankabut:10)

Allah SWT telah memberi penghormatan istimewa kepada Nabi Muhammad SAW dengan memanggilnya “Wahai Nabi”. Nabi-nabi lain hanya dipanggil dengan nama seperti Ya Yahya, Ya Ibrahim. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang menghadapi keadaan yang lebih teruk semasa berjihad di medan perang.  Baginda SAW menentang dua musuh iaitu Yahudi dan Quraisy (Nabi lain hanya berdepan dengan satu musuh). Bahkan Nabi Muhammad syahid (gugur) dua batang giginya dalam perang Uhud.

Setiap perjuangan dahagakan pengorbanan.  Segala kesusahan yang dialami dalam perjuangan agama adalah  merupakan ujian dan dugaan.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;(Baqarah: 155)

Rasulullah SAW sendiri berlapar dan mengikat perut dengan batu semasa Perang Khandak kerana dua hari tidak makan.   Kata para sahabat yang turut sama tidak makan “Kamilah orang yang telah buat bait (janji setia) di atas nama jihad, selagi ada nyawa kami. Kami tidak berjanji untuk mendapatkan roti (makanan)”. Mereka tahu bahawa kesenangan dan kehidupan yang sebenar adalah di syurga dan mereka berdoa:

Wahai tuhan kami, tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan di akhirat.

Rasulullah SAW juga tidak mengharapkan harta kekayaan dalam perjuangan agama Islam.

Diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah SAW berkata kepadaku : ” Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata : Aku tidak mengharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang.  Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdo’a kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu

Selain berjihad melalui peperangan, Rasulullah SAW juga berjihad dengan menyampaikan dakwah. Baginda mengetuk pintu setiap rumah untuk mengumpulkan mereka dan menyampaikan dakwah. Ada hadis tentang perkara ini yang bunyinya lebih kurang “tidak ada satu rumah pun di Mekah yang aku tidak ketuk pintunya”.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: