Ketaatan Kepada Ibubapa Bersyarat

Ankabut [8] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Berbuat baik Kepada Kedua Ibubapa

Luqman [1] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..

Dalam sebuah hadith disebut: ”Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu“.

Bapa adalah orang yang memberikan benih, manakala ibu adalah orang yang mengandungkan anak di dalam rahimnya.  Seseorang ibu akan mengalami kepenatan dan kesusahan ketika mengandungkan anak dalam perutnya yang sentiasa dibawanya bersama.  Maka amat wajarlah bagi anak-anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.  Dalam ayat yang lain, anak-anak disuruh berkhidmat kepada  ibubapa terutamanya ketika ibubapa telah tua, uzur dan tidak berupaya. Mereka (anak-anak) juga dilarang meninggikan suara terhadap ibubapa:

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Ketaatan Pada Makhluk Bersyarat. 

Ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul adalah ketaatan yang mutlak (penuh), yang tidak ada syarat.  Apabila Allah SWT dan Rasul memerintahkan agar melakukan sesuatu, maka perintah tersebut hendaklah terus dipatuhi. Kita tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh memberikan sebarang alasan pun.

Ketaatan kepada makhluk pula adalah ketaatan yang bersyarat, samada untuk di taati atau tidak mentaatinya.   Sekiranya apa yang disuruh atau diperintahkan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT dan Rasul maka taatilah ia. Sebaliknya tidak perlu ketaatan dalam suruhan atau perintah kepada perkara maksiat.

Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: