Perintah Menjalankan Hukum Allah

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik (Maidah: 49).

Hukuman yang paling mantap ke atas hamba Allah  adalah hukum Allah SWT, kerana kita semua adalah milik Allah dan Dialah yang lebih berhak ke atas kita.

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka”.

Perkataan “hendaklah” dalam ayat ini merupakan satu perintah Allah SWT  (“order”).  Perintah Allah SWT adalah kepada orang Islam dan juga kepada orang Kafir. Orang kafir ialah mereka yang berada di bawah kekuasaan Islam serta mendapat perlindungan dari Islam (Kafir Zimmi yang tidak mempunyai kuasa politik) tertakluk kepada hukum Islam, sepertimana diriwayatkan dalam sebuah hadith tentang seorang perempuan bukan Islam yang mencuri.

Daripada Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!

Semasa pemerintahan Rasulullah SAW pernah perempuan Yahudi yang berzina direjam dan begitu juga semasa pemerintahan Sayyidina Ali.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra: Bahawa seorang lelaki dan perempuan Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu berangkatlah Rasulullah saw. sampai beliau bertemu dengan orang-orang Yahudi dan bertanya: Apakah hukuman yang kalian dapatkan dalam Taurat bagi orang yang berzina? Mereka menjawab: Kami akan mencorenghitamkan muka keduanya, lalu menaikkan keduanya ke atas tunggangan lalu menghadapkan mukanya masing-masing kemudian keduanya diarak. Beliau bersabda: Datangkanlah kitab Taurat, apabila kalian benar. Kemudian mereka membawa kitab Taurat lalu membacakannya hingga ketika mereka sampai pada ayat rejam, pemuda yang membaca itu meletakkan tangannya di atas ayat rejam itu dan hanya membaca ayat yang sebelum dan sesudahnya. Lalu Abdullah bin Salam yang ikut bersama Rasulullah saw. berkata kepada beliau: Perintahkanlah ia untuk mengangkat tangannya. Pemuda itu lalu mengangkat tangannya dan setengah di bawah tangannya itu adalah ayat rejam. Kemudian Rasulullah saw. memerintahkan keduanya sehingga direjam. Lebih lanjut Abdullah bin Umar berkata: Aku termasuk orang yang merejam mereka berdua. Aku melihat yang laki-laki melindungi yang perempuan dari lemparan batu dengan dirinya sendiri. (Shahih Muslim No.3211)
“janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka”
 
Zaman dulu hanya golongan kafir dan Yahudi yang menolak perlaksanaan hukum Allah. Namun zaman sekarang ini, halangan untuk melaksanakan apa jua hukuman Allah ini sebenarnya bukan sahaja kerana terdapat halangan dari orang kafir (yang memiliki kuasa politik), malah halangan dari orang Islam itu sendiri. Dalam hadith disebut “Al Islam Mahjub Bil Muslimin“, Islam itu terdinding oleh orang Islam sendiri.
 
Sekurang-kurangnya kita berusahalah sedaya upaya menyampaikan tentang apa yang betul tentang Islam. 
 
Orang yang menjalankan atau menjatuhkan hukuman yang berbeza dari hukuman Islam akan disoal di akhirat nanti, seperti mana syaitan dan kumpulannya ditanya di hari kiamat nanti:

Al-Furqan [17] Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?

Allah berhak bertanya syaitan atau sesiapapun yang mempengaruhi kesesatan. Syaitan itu pula mengatakan bahawa nafsu manusia itu sendirilah yang menyesatkan mereka:

Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.

Qaf [28] Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).

…dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu…

Allah s.w.t memerintahkan agar kita berhati-hati dengan golongan kafir kerana mereka akan mengubah pendirian kita dan menyusahkan perlaksanakan sebahagian hukum Allah.

Memerintah sesebuah negeri atau negara secara yang dikehendaki oleh hukum Islam adalah satu perjuangan dan ia memerlukan pengorbanan untuk mengatasi rintangan-rintangan daripada pelbagai pihak musuh seperti  kafir, syaitan dan nafsu kita sendiri.

Di negeri atau negara Islam, rakyat mempunyai hak untuk menuntut agar dilaksanakan hukum Islam.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: