Peraturan Allah Lebih Baik

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah SWT. (Maidah: 50)

Keadilan Undang-undang Islam

Bagi orang Islam, undang-undang, peraturan dan hukuman yang didatangkan oleh Allah SWT  adalah lebih baik dan lebih adil, kerana Allah SWT adalah pencipta manusia. Allah SWT tahu asal-usul manusia, tahu segala keperluan zahir dan batin manusia. Begitu juga dengan peraturan dalam beribadat, misalnya cara Islam mengatur pergerakan dalam sembahyang, ia juga mempunyai kebaikan bagi kesihatan.  

Hukuman Allah SWT seperti  memotong tangan ke atas seorang pencuri itu adalah adil.  Keadilan ini dilakukan setelah meneliti barang curi tersebut.  Ia tidak dijatuhkan hukuman ke atas pencurian barang yang berada di tepi jalan, tidak dikenakan hukuman ke atas pencurian barang majikan yang tidak membayar gaji. Hukuman potong tangan juga tidak dikenakan kepada orang lapar yang mencuri.  Orang lapar, fikiran mereka ketika itu sudah tidak seimbang dan mereka hilang pertimbangan. Hukuman potong tangan itu hanya dikenakan ke atas pencurian barang yang disimpan rapi dan terkunci dan apabila sabit kesalahan.

Undang-undang Barat Menggunakan Struktur Undang-Undang Islam

Undang-undang barat dan mahkamah sivil  sebenarnya berasal dari undang-undang Islam, cuma ia telah diubahsuai oleh Napoleon setelah mereka menguasai Mesir. Walaubagaimanapun struktur undang-undang Islam masih digunakan seperti setiap dakwaan mesti didatangkan dengan bukti dan saksi:

Baqarah [282]…dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,….

Undang-undang Barat masih menggunakan struktur bukti dan saksi dalam pendakwaan, cuma ia telah menggantikan hukuman Islam dengan hukuman yang lain, misalnya hukuman potong tangan digantikan dengan bayar denda atau masuk penjara. Ini menunjukkan bahawa struktur undang-undang dari Agama Islam itu adalah lebih baik.

Beyond Reasonable Doubt

Dalam hukum dan undang-undang Islam:  “Lebih baik melepaskan orang yang bersalah (sekiranya tidak cukup bukti) daripada menghukum orang yang tidak jelas kesalahannya”. Lebih baik tidak dihukum orang itu bersalah sekiranya tidak cukup bukti. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith “hukum hudud gugur dengan sebab keraguan“.

Advertisements

2 Respons to “Peraturan Allah Lebih Baik”

  1. Jue Says:

    Islam membenarkan suami menghukum isterinya jika isteri tersebut ingkar kepadanya. termasuk juga membolehkan suami memukul kpd isteri tersebut.
    Jika suami yg melakukan kesalahan adakah isteri tersebut boleh menghukum suaminya? apakah jalan penyelesaian dan jalan keluar yang isteri boleh ambil selain meminta cerai. (penceraian hanya merugikan kaum wanita)
    In fact masalah tidak hanya datang daripada isteri, walaupun kebanyakan islam meletakkan kesalahan dunia ni berpunca dari wanita.

    • sulaiman Says:

      An-Nisa [35] Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

      Islam tidak meletakkan kesalahan dunia ke atas wanita. Sebaliknya suamilah yang bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anaknya.
      Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

      Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

      Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

      Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

      Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: