Mahligai-Mahligai Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat mahligai-mahligai yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luarnya. Allah s.w.t telah menyediakannya untuk orang suka memberi makan (kepada orang miskin), yang bercakap dengan lemah lembut, senantiasa melakukan ibadah puasa dan mendirikan sembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang tidur.” (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi melalui Sayyidina Ali). Baca baki entri ini »

Islam Tidak Tersebar Melalui Mata Pedang

Orientalis Barat menggunakan hadith ini untuk mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang.  Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Yahudi Mungkir Janji

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. (Baqarah: 100) Baca baki entri ini »