Islam Tidak Tersebar Melalui Mata Pedang

Orientalis Barat menggunakan hadith ini untuk mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang.  Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya Islam hanya memerangi kerana mereka telah diperangi terlebih dahulu. Golongan kafir turut membuat rancangan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. dan merekalah yang mengundang peperangan.

Sebelum dibenarkan melakukan peperangan, Rasulullah s.a.w. disuruh bersabar dan bertasbih pada waktu pagi (selepas Subuh) dan petang (selepas Asar) bagi memberikan kekuatan kepada tentera Islam pada ketika itu..

Gafir [55] (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

Qaf [39] Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu) dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

Sebenarnya Islam hanya memerangi mereka yang memusuhi Islam, sekiranya mereka patuh kepada undang-undang dan kerajaan Islam yang memerintah, misalnya dengan membayar fidyah (cukai), mereka tidak diperangi. Mereka ini dikenali sebagai kafir zimmi.

Kafir Zimmi

Kafir yang menumpang dibawah pemerintahan kerajaan Islam dan membayar fidyah (cukai) kepada kerajaan adalah Kafir Zimmi. Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-

(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,

(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan

(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam.

Rasulullah s.a.w. melarang orang Islam daripada membunuh kafir zimmi (orang bukan beragama Islam, yang berada di Negara Islam)…

“Orang yang membunuh seorang lelaki (atau perempuan) zimmi tidak akan mencium bau syurga, sedangkan baunya boleh dicium dari sejauh 70 tahun perjalanan” (Riwayat Abu Daud)

Islam juga tidak memaksa bukan Islam untuk masuk (menganuti) agama Islam. kerana apabila mereka sudah masuk Islam, mereka tidak boleh keluar lagi dari agama Islam.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya.”(Riwayat Jamaah kecuali Imam Muslim)

Oleh itu mereka yang memeluk Islam hendaklah masuk Islam dengan rela hati dan menerima dengan sesungguh hati Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai penghulu dan menerima segala ajaran yang dibawanya itu….

Baqarah [256] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)

Sekiranya benar Islam tersebar dengan mata pedang, sudah pasti cucu-cicit mereka yang dipaksa memeluk Islam akan keluar dari Islam.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: