Doa Mohon Perlindungan

Rasulullah s.a.w. mengajar kita berdoa “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada ilmu yang tidak berfaedah, amalan yang tidak diangkat ke langit dan doa yang tidak diterima” (Riwayat Hakim melalui Anas r.a).

1) Ilmu yang tidak berfaedah.

Ilmu yang tidak berfaedah ialah ilmu yang tidak diamalkan secara praktikal, walaupun banyak yang dipelajari, namun ilmu itu tidak diamalkan dalam kehidupan. Dua orang yang paling rugi menyesal di negeri akhirat ialah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya dan orang yang mempunyai peluang mencari ilmu tetapi tidak melakukannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa”.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)

2) Amalan yang tidak diangkat naik ke langit.

Amalan diangkat naik ke langit bermaksud ia dipersembahkan oleh Malaikat kepada Allah s.w.t pada setiap Hari Isnin dan Khamis.

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis…. [Riwayat Abu Qasim]

Apabila ia tidak diangkat, amalan itu tidak dipersembahkan dan ia tidak diterima.

Dalam sebuah hadith ada dinyatakan “Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun melepasi kepalanya iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan sembahyang seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya”

3) Doa yang tidak diterima

Yakinlah dalam berdoa, bahawa satu hari nanti doa itu akan diterima. Jangan jemu dalam berdoa untuk meminta sesuatu kebaikan. Adakalanya doa diterima tetapi tidak terus dilaksanakan oleh Allah s.w.t. Jangan cepat mengatakan bahawa doa itu tidak diterima, sebaiknya teruskan berharap agar Allah s.w.t menerima doa tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun barulah Firaun dimatikan.

Yunus [88] Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Yunus [89] Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).

Advertisements

3 Respons to “Doa Mohon Perlindungan”

  1. Raid Says:

    Assalamualaikum WBT… Ustaz,
    Kerana rasa tak dilayan dengan adil dan berperi-kemanusiaan, boleh kah kita berdoa agar majikan (yang bukan Islam) kita mendapat sengsara dlm pengurusan dan pentadbiran urusan pejabat nya?

    Wasssalam


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: