Menyelamatkan Orang Islam Dari Disakiti

Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

Membuang duri atau benda yang menyakitkan (seperti kaca, paku) dijalanan adalah satu sedekah.

Daripada Ibnu Abbas, Nabi bersabda “…..dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah

Membuang duri dari jalan juga diampuni dosa. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah RA.

“Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Allah SWT merahmati (mengasihani) sesorang yang membuang sesuatu yang menyakitkan (atau menjadi halangan)  dari jalan diatas niat untuk menyelamatkan orang Islam lain. Begitulah tingginya makam (kedudukan) orang Islam disisi Allah SWT.

Lebih tinggi markah amalan yang diberikan, maka lebih tinggilah ganjaran yang diperolehi di Syurga nanti.

Oleh itu orang Islam tidak sewajarnya bergaduh sesama sendiri dan menyakiti saudara seagamanya. Umat Islam dilarang mengacu senjata sesama mereka kerana kita adalah bersaudara.

Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: Sesiapa yang menghunus senjata kepada kita, maka ia bukan dari kalangan kami.

Ini bukanlah bermakna mereka yang mengacu senjata itu adalah kafir, cuma mereka tidak termasuk dalam kumpulan Rasulullah SAWdi akhirat nanti. Sebaliknya orang Islam yang membunuh sesama sendiri akan masuk neraka samada yang membunuh atau dibunuh kerana kedua-duanya berhajat untuk membunuh.

Dari Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda : Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Menyelamatkan Orang Islam Dari Disakiti”

  1. daudakpe Says:

    Assalamualaikum, izinkan saya kongsi setiap artikel yang terkandung dalam blog ini…terima kasih


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: