Hanya Allah SWT Boleh Melepaskan Kita

…..dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12) Baca baki entri ini »

Jagalah Lidah Dari Mengumpat dan Mencaci

…. dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Menyanyi, Main Gitar dan Berjenaka Dalam Masjid

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. 

Majlis ilmu dan pengajian agama adalah majlis mengingati Allah dan masjid pula adalah rumah Allah di bumi ini. Adalah tidak wajar jika majlis ilmu di masjid dipenuhi dengan gelak ketawa, nyanyian dan muzik. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan bunyi daun yang gugur pun dapat didengari. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Allah SWT Menentukan Kepada Siapa Diberikan Kasih Sayangnya

Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Baqarah:105) Baca baki entri ini »

Istiqamah, Sebaik Amalan dan Sentiasa Berwuduk

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah) Baca baki entri ini »

Bersedekahlah Sebelum Pintu Rezeki Ditutup

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (Munafikun: 10) Baca baki entri ini »

Jangan Lalai, Ingat Allah Agar Tidak Rugi

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Munafikun:9) Baca baki entri ini »

Hari Langit Digulung, Bukit Diratakan

Bila tiba masanya, langit akan digulung dan bumi akan diratakan sehingga menjadi seperti sekeping roti. Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurga yang berada di atas langit akan diperdekatkan kepada orang yang bertakwa. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Muslim (Orang Islam) Yang Paling Baik

Abu Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’ Baginda menjawab “Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)” (Riwayat Bukhari). Baca baki entri ini »

Sikap Kafir Ahli Kitab dan Musyrik

Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Baqarah:105) Baca baki entri ini »

Azab Seksa Yang Perit Bagi Orang Kafir

….dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Baqarah:104). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Larangan Berkata Atau Melakukan Sesuatu Yang Membawa Maksud Yang Tidak Baik

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “Raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “Unzurna” dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Baqarah:104) Baca baki entri ini »

Pahala Daripada Allah Adalah Lebih Baik

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Baqarah:103) Baca baki entri ini »

Nikmat Dan Azab Alam Barzakh

Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburnya dan para sahabat telah pergi meninggalkannya, dia benar-benar mendengar bunyi terompah mereka. Lalu dua malaikat mendatanginya, keduanya (malaikat) mendudukkan orang tersebut lalu bertanya kepadanya, Apa yang  ingin kamu katakan tentang orang ini (Nabi saw)? Adapun orang mukmin, maka dia menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya’, lalu dikatakan kepada orang tersebut, Lihatlah tempat tinggalmu di neraka, Allah telah menggantikannya dengan tempat tinggal di syurga’. Lalu dia melihat kedua-duanya. Baca baki entri ini »

Segalanya Direkodkan, Bumi Jadi Saksi, Bertaubatlah

Qaf [17] : Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Baca baki entri ini »