Sesi Soal Jawab dan Soalan Bocor di Alam Barzakh

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila simati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu diantaranya disebut dengan nama “Munkar” dan satu lagi disebut dengan nama “Nakir” (Lalu keduanya mendudukkan simati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka menyoalnya”Apa yang engkau pernah katakan mengenai lelaki ini (Muhammad s.a.w.)?

Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud, 

Mereka menyoalnya dengan berkata ” Siapa tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agamamu?” Ia menjawab:”Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi:”Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu?”

Adakah Manusia Mempunyai Akal Ketika Itu?

“Sesungguhnya Nabi Muhammad saw menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar Al-khattab r.a. bertanya: “Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?” Nabi menjawab: “Ya, ia akan dikembalikan sebagaimana keadaan kamu sekarang”. (Riwayat Ahmad). Umar berkata: “jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq.

Suasana Ketika Itu Seperti Waktu Asar

Berkata Jabir r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w, Baginda bersabda, “Apabila mayat dimasukkan ke dalam kubur, diberi khayalan kepadanya (nampak pada pemandangannya) bahawa matahari telah hampir (benar) hendak ghurub (akhir waktu Asar, dan Munkar Nakir menyoalnya) dia duduk sambil menyapu kedua belah matanya, dan berkata (kepada Munkar dan Nakir) biar saya sembahyang dulu.

Siapakah Lelaki Itu?

Setengah ulama mengatakan Rasulullah s.a.w. dihadirkan ke Alam Barzakh setiap orang yang meninggal dunia, manakala setengah lagi mengatakan maqam Rasulullah diperlihatkan kepada orang yang meninggal itu.

Jawapan Diberi Menurut Akidah Semasa Di dunia

Manusia yang mempunyai akidah yang betul, yang tersemat dihati semasa hidupnya akan dapat menjawab soalan tersebut dan mereka akan dibangkitkan semula mengikut akidah (kepercayaan) semasa mereka dimatikan.

Ibrahim [27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Maka kalau simati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata “Orang itu (Muhammad s.a.w.) ialah hamba Allah dan Rasulnya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad s.a.w. itu ialah hamba Allah dan Rasulnya!” Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian“. 

Dan jika simati itu seorang munafik, dia menjawab pertanyaan malaikat itu dengan katanya: Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata yang sama, aku tidak tahu benarkah atau tidak. Lalu dua malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau akan berkata demikian“.

Selesai Sesi Soal Jawab

Setelah sesi soal jawab dua Malaikat itu berkata kepada ahli syurga: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Ada manusia yang semasa hidupnya di dunia banyak bersembahyang. Semasa di Alam Barzakh juga dia meminta untuk bersembahyang. Mereka asyik sembahyang hinggalah tiba hari kebangkitan semula.

Selepas sesi soal jawab di dalam kubur oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, sembahyang yang cantik akan menjelma dalam bentuk lembaga yang cantik rupanya dan bercakap dengan bahasa yang baik. Lalu simati bertanya “Siapakah kamu ini, sungguh cantik rupamu?” Lalu jawab lembaga itu “Akulah sembahyang kamu”.

Sembahyang yang buruk pula akan menjelma dalam bentuk lembaga yang sangat hodoh rupanya dan bercakap dengan bahasa yang kasar. Lalu simati bertanya “Siapakah kamu ini, sungguh hodoh rupamu?” Lalu jawab lembaga itu “Akulah sembahyang kamu”

Ada juga yang didatangkan bidadari dari syurga untuk menemani mereka di Alam Barzakh. Mereka usik-mengusik hingga tercabut mutiara dari leher bidadari. Kemudian mereka asyik mengutip mutiara yang terjatuh itu dan sehinggalah tibanya hari dibangkitkan semula.

Advertisements

8 Respons to “Sesi Soal Jawab dan Soalan Bocor di Alam Barzakh”

  1. bambang Says:

    terimakasih info agama yang mencerahkan hati

  2. bambang Says:

    info menarik, selamat , ditunggu postingan berikutnya.

  3. bambang Says:

    semoga postingannya terus menambah iman bagi umat

  4. bambang Says:

    selamat, semoga sukses

  5. muhammad syukry Says:

    silap siapa yang merekodkan hadis2 ini?
    adakah sahihaini?

  6. taufik Says:

    Terima kasih.

  7. NURUL SAFIA BINTI ALJAFRI. Says:

    Syukur….


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: