Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Hidup Tanpa Pergantungan

Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)…

Allah adalah salah satu daripada 99 nama Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Untuk mengenali tuhan, kita hendaklah mengenali nama-nama dan sifat-sifatnya. Nama-nama Allah hendaklah dikenali secara majmuk iaitu gabungan kesemua nama-nama itu.

Dalam ayat ini Allah SWT memberitahu manusia bahawa Dialah tuhan dan “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” kerana manusia adalah lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah makhluk Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bilangan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.

Hidup (adanya) Allah itu adalah dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) tanpa perlu bergantung kepada sesuatu.

Hidup Allah tidak perlu kepada anak, apalagi kepada isteri. Allah SWT tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya.

Al-An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Hidup Allah itu adalah hidup yang “qadim”, tiada sebelum dan tiada yang selepasnya.

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir. 

Bahkan dalam sebuah hadith disebut, Allah SWT membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi….

Hidup Allah itu tidak perlu kepada jisim atau anggota badan. Walaupun dalam Al-Quran ada disebut tangan Allah (Yadullah)  ia tidak bermaksud Allah mempunyai tangan, sebaliknya ianya hanyalah untuk memudahkan pemahaman manusia. Hakikatnya tangan bermaksud rahmat Allah atau kekuasaan Allah. Dalam hadith juga ada disebut “orang yang sujud itu adalah seolah-olah sujud di bawah kaki Allah”, yang bermaksud dia telah meletakkan dirinya pada satu makam yang sangat rendah, (berbanding ketika dia sedang berdiri).

2 Respons to “Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Hidup Tanpa Pergantungan”

  1. a rahman Says:

    ketika sujud makam kita adalah makam hamba,apakah perbandingannya ketika kita berdiri

    • sulaiman Says:

      Berdiri adalah sebagai tanda menghormati Allah, sepertimana askar yang berdiri tegak ketika raja membuat lawatan perbarisan.
      Bersujud pula sebagai tanda merendahkan diri kita dan menunjukkan status kehambaan kita.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: