Malulah Kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud). 

Dalam hadith Baginda SAW juga ada menyebut  “Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”.

Rasulullah SAW mandi bersama isterinya Aisyah RA dengan memakai kain basahan. Aisyah RA berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW.”

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menyebut “Ghufronaka” (Aku meminta keampunanmu) setelah keluar dari tandas, mungkin Baginda SAW memohon ampun kerana terpaksa membuka auratnya ketika hendak qada hajat atau membuang air.

Oleh yang demikian, janganlah kita sengaja membuka aurat kerana Allah SWT sentiasa melihat kita, kecuali jika mempunyai tujuan tertentu seperti mencukur bulu ari-ari.  Jika kita sesama manusia berasa malu untuk membuka aurat, apatah lagi ketika bersendirian, dimana Allah SWT tetap bersama dan melihat apa yang kita lakukan.

Malaikat lari apabila manusia membuka auratnya,  Syaitan pula akan datang apabila manusia membuka auratnya dan Syaitan juga memperdayakan Nabi Adam melalui isterinya Hawa agar terbuka aurat mereka.

Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya Malaikat ada bersama-sama yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika kamu membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.

Al-A’raf [20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka,

Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT. Sekurang-kurangnya tutuplah aurat sehingga paras lutut atau atas sedikit dari lutut ketika mandi.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: