Semua Anggota Akan Disoal, Termasuk Hati

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Isra:36)

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;”

Janganlah kita berkata perkara yang kita tidak tahu atau yang kita tidak yakin (dalam hati) mengenainya.  Sebaliknya katalah “wallahua’lam” atau saya tidak tahu. Kita tidak perlu (jangan) malu untuk mengatakan “tidak tahu”.

Jangan pula mereka-reka jawapan semata-mata untuk memberikan jawapan. Nabi SAW sendiri, ada perkara yang Banginda tidak tahu dan Baginda bertanya kepada Jibrail.  Malaikat Jibrail, jika ada perkara yang  tidak tahu, dia bertanya pula kepada Allah SWT. Allah SWT sahaja yang maha mengetahui, kerana kebenaran tentang ilmu Islam adalah milik Allah SWT.

Ali-Imran [19] : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Ada Pepatah Melayu yang menasihatkan kita supaya “jangan menegakkan benang yang basah” iaitu jangan mempertahankan sesuatu yang hati kita tidak yakin kebenarannya.

Kita juga dilarang memperkatakan sesuatu yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya. Dalam bab ketuhanan, kita adalah dilarang memperkatakan sesuatu tentang Allah SWT yang kita tidak pasti akan kebenarannya.

A’raf [33]….dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya

Sepertimana perbicaraan di dunia yang memerlukan bukti dan saksi, di hari Kiamat nanti, bumi, malaikat, anggota badan semuanya menjadi saksi dalam perbicaraan seseorang.

Hati juga akan disoal,  kerana pada hatilah letaknya iman. Hati menjadi kotor jika tidak bertaubat di atas sesuatu dosa. Setiap dosa atau maksiat yang dilakukan akan menumbuhkan satu titik hitam dalam hati, sekiranya tidak dibersihkan dengan taubat atau istigfar, maka titik hitam akan menutup cahaya iman dalam hati kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah). 

Tanda kuatnya iman dalam hati seseorang, ialah apabila ia melakukan kebaikan, ia berasa gembira dan  dia  akan berasa sedih apabila melakukan sesuatu kejahatan. Tanda iman mula lemah ialah dia tidak merasa apa-apa apabila melakukan kejahatan atau meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah SWT.

Apabila kebaikan mengembirakan kamu, dan kejahatan mendukacitakan kamu, maka itulah tanda kamu seorang mukmin (Riwayat Ad-Dhiya melalui Abu Umamah)

Malah iman juga lari dari hati apabila seseorang itu berzina, minum arak dan mencuri.

Apabila seseorang melakukan zina atau minum arak, maka Allah mencabut imannya, ibarat orang yang membuka baju melalui kepalanya. (Riwayat Hakim)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

9 Respons to “Semua Anggota Akan Disoal, Termasuk Hati”

  1. faris Says:

    assalamualaikum ustaz!
    saya nk tnye,,mmg dah dimaklumkan bahawa membeli barangan cetak rompak adalah haram,,tetapi bagaimana pula hukumnya jikalau saya mendapat hadiah hasil belian barangan cetak rompak?apakah haram saya menggunakannya?
    spesifiknye,,saya dpt headphone dr abg saya,,tp copy punye dari china,,haram ke saya guna?
    terima kasih ustaz!

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.
      Apabila dihadiahkan, ia telah bertukar tangan.
      Apabila bertukar tangan, ia telah bertukar hukum.
      Dari Anas bin Malik r.a. katanya “Barirah menghadiahkan daging kepada Rasulullah s.a.w yang disedekahkan kepada Barirah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Untuk Barirah daging itu sedekah, tetapi untuk kita hadiah dari Barirah (Hadis Sahih Muslim)

      • faris Says:

        1) jadi tidak haramkan saya menggunakannya?
        2)saya tidak faham ttg hadis ini, boleh ustaz terangkan?apakah hadis ini maksudnya kita diharamkan untuk mengambil semula barang yang kita sedekah tetapi memandangkan penerima sedekah tersebut mahu memberi kita semula barang sedekah tersebut sebagai hadiah, jadi tidak haram untuk kita mengambilnya?

      • sulaiman Says:

        Dalam hadith itu, daging itu adalah sedekah kepada Barirah.
        Rasulullah s.a.w. tidak boleh menerima sedekah.
        Maka, apabila Barirah memberi daging itu kepada Nabi, ia diberikan sebagai hadiah dan bukan sebagai sedekah.
        Ulama feqah menggunakan hadith ini sebagai dalil bahawa apabila bertukar tangan, hukum juga bertukar.(dari sedekah kepada hadiah, dari haram kepada halal)

        Maksudnya yang haram itu perbuatan abang awak (kalaulah haram beli barang tiruan).
        Tetapi bila dia beri kepada awak sebagai hadiah, ia sudah bertukar tangan.
        Apabila bertukar tangan, hukum pun bertukar (tidak jadi haram lagi)

      • faris Says:

        terima kasih ustaz kerana menjawab tanpa jemu
        1)dalam bisnes kebelakangan ni mmg bnyk barang copy supaya org boleh beli dgn harga murah,,,jadi pandangan ustaz apakah hukum sebenarnya membeli barangan copy(tidak original)?apakah hukumnya sama dengan membeli CD cetak rompak?

        2)bagaimana pula dengan download movie dan lagu free dari rapidshare,megaupload dan sebagainya?apakah hukum(bertukar tangan) boleh diaplikasikan kerana website tersebut memberi secara percuma dan benda haram (seperti mencuri lagu dan movie daripada pemilik asal) kita tidak terlibat secara langsung?

        minta maaf kerana menyusahkan ustaz memandangkan semua benda ini sudah berlegar di sekeliling kita dan saya mahu jawapan daripada pandangan ustaz…

      • sulaiman Says:

        Saya jawab pasal hukum dengar muzik dan tengok movie dululah..Kedua-duanya berdosa. Kalau nak tengok jugak, kena istigfar lepas tengok movie atau dengar lagu. Tapi kalau tengok movie lucah tu tak cukup sekadar istigfar, kena taubat sungguh-sungguh.
        Keempat-empat mazhab mengharamkan muzik. Ada saya tulis di sini.
        https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/01/20/dengar-muzik-di-syurga-bukan-di-dunia/
        https://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/11/20/soal-jawab-tentang-muzik-2/
        https://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/04/29/soal-jawab-tentang-nyanyian-dan-muzik/

  2. missyaf Says:

    AssalammualaikumWBT,uztaz, saya nak tanya, maaf kalau mungkin off-topic sikit. Dipendekkan cerita, saya tidak ingin lagi berkawan dengan seorang budak lelaki ni, sebab, saya dah mula suka dia. Oleh sebab, saya tak mahu perasaan saya berkembang, saya bercadang untuk tidak lagi menghubungi dia dan tidak mahu berkawan dengan dia, kerana khuatir akan terjebak melakukan maksiat. Tetapi, dia menggunakan alasan yang perempuan dan lelaki boleh berkawan atas dasar Islam!
    1.Boleh ke uztaz lelaki & perempuan menjalankan persahabatan atas dasar Islam? masalahnya adakah begitu?
    2.Dia mengatakan tindakan saya ibarat memutuskan silaturrahim, dan perbuatan itu dimurkai Allah. Jadi, saya bingung sama ada hendak terus kawan dengan dia atau tidak, sebab saya takut kalau saya betul-betul memutuskan silaturrahim. Jadi, adakah perbuatan saya ibarat memutuskan silaturrahim uztaz? walhal niat saya adalah untuk mengelak diri daripada asyik memikirkan dia?

    harap, kefahaman uztaz dalam bidang ini,dapat memberikan saya nasihat dan memahamkan saya sengan lebih lnjut lagi mengenai perihal ini.. terima kasih uztaz.

    AssalammualaikumWBT

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Bersilaturrahim atau berkawan itu untuk sesama jantina. Allah SWT suruh jauhi zina, maka jauhilah pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
      Memang orang Islam kena menyayangi antara satu sama lain. Menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah ialah berkawan tanpa kepentingan peribadi (untuk mendapatkan sesuatu) atau kerana nafsu.

    • Snizam Says:

      Saya cadangkan awak jauhkan lah dia kerana bukan sahaja Zina itu dosa besar, tetapi Allah SWT menyuruh kita menjauhi Zina. Pasal apa menjauhi pun dilarang? Sebab jika dah hampir memang susah nak lawan nafsu.

      Tahniah kerana awak mempunyai kesedaran yang tinggi. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan ganjaran sebaik-baiknya kerana berusaha mengelakkan daripada dosa. Usahlah percaya sangat lelaki kerana lelaki kebanyakkannya mahukan seks semata2 (saya seorang lelaki).


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: