Segalanya Direkodkan, Bumi Jadi Saksi, Bertaubatlah

Qaf [17] : Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Setiap manusia mempunyai malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk yang menjaganya, mencatit amalannya dan merekodkan perbuatannya.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikatmalaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ada malaikat yang bertugas pada setiap 2 waktu sembahyang (Subuh dan Asar).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan ‘Asar kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya dan Dia sebenarnya memang mengetahui : Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu sepeninggalan kamu?” Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula”.(Hadis sahih riwayat Muslim)

Ada malaikat yang mencatit kebaikan dan keburukan manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”

Bumi Turut Jadi Saksi Perbuatan Manusia
Dari Abu Hurairah ra., katanya, Rasulullah s.a.w., membaca (firman Allah Taala, ertinya: “Pada hari qiamat – itu bumi menerangkan berita-beritanya”); Kemudian Baginda s.a.w., bertanya: “Tahukah kamu apa dia berita perihal bumi itu?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Allah dan RasulNya sahajalah yang mengetahui”; Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya berita-beritanya bahawa ia memberi keterangan terhadap tiap-tiap seorang, lelaki atau perempuan, berkenaan apa yang masing-masing lakukan semasa mereka hidup di atasnya, iaitu ia berkata: “Si anu melakukan ini dan ini, pada masa anu-anu.” Baginda s.a.w., selanjutnya bersabda: “Inilah dia berita-beritanya.” (Tirmizi)

Bertaubatlah Sebelum Nyawa Sampai Ke Halkum.

Sabda Nabi s.a.w. ,”Bahawasanya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi).

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir.

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah” (Shahih, HR. Turmudzi Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: