Larangan Berkata Atau Melakukan Sesuatu Yang Membawa Maksud Yang Tidak Baik

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “Raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “Unzurna” dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Baqarah:104)

Raa ‘ina” bererti “Pertimbangkanlah kami” atau “Berilah perhatian kepada kami”. Rasulullah s.a.w. mengadakan majlis pengajian dan mengajar para sahabatnya sebanyak tiga hari seminggu, selepas sembahyang Asar. Di kalangan para sahabat, ada yang mengucapkan perkataan ini kepada Rasulullah, supaya Baginda menunggu mereka dapat memahami dan menghafal sesuatu yang diajarkan sebelum diajar pelajaran yang baru.

Orang Yahudi juga menggunakan perkataan yang sama, yang bererti kebodohan yang amat sangat, sebagai ejekan kepada Rasulullah. Itulah sebabnya Allah SWT menyuruh supaya sahabat-sahabat menukar perkataan “Raa’ina’ kepada “Unzhurna” yang juga sama ertinya dengan “Raa’ina’.

Walaupun perkataan itu bermaksud baik, ia telah dilarang kerana ia juga membawa maksud yang tidak baik. Samalah situasinya dengan larangan memakai kain labuh bagi kaum lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.

Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: