Sikap Kafir Ahli Kitab dan Musyrik

Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Baqarah:105)

Kafir daripada kalangan Yahudi dan Nasrani tidak suka jika diturunkan kitab atau diutuskan Rasul selain daripada kalangan bangsa mereka. Mereka mahu agar Rasul yang terakhir diturunkan dari kalangan mereka dan kitab terakhir diberikan kepada mereka.

Kafir Quraisy pula meminta agar diturunkan seorang Rasul dari kalangan bangsa mereka sendiri agar mereka dapat memahami ajaran Allah SWT. Namun setelah diturunkan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad s.a.w., mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah SWT.

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Al-Anaam:155)

Supaya kamu tidak mengatakan: Bahawa Kitab (agama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka. (Al-Anaam:156)

Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayat lebih daripada mereka. (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu dan petunjuk hidayat serta rahmatNya (yang melimpah-limpah).

Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). (Al-Anaam:157)

Ini juga satu peringatan kepada kita supaya tidak melakukan perkara atau kesilapan yang sama. Misalnya jika berkata “selepas aku balik haji, aku akan sembahyang berjemaah di masjid” atau “kalau akau kaya, aku akan bina masjid” Sebaliknya lakukan perkara itu terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan atau sesuatu penegasan. Sembahyanglah berjemaah sebelum menunaikan haji, agar kita sudah biasa dan dapat meneruskannya setelah pulang dari haji. Dermalah atau sedekahlah kepada masjid walaupun belum menjadi kaya supaya kita dapat membina masjid setelah kaya nanti.

3 Respons to “Sikap Kafir Ahli Kitab dan Musyrik”

  1. kialjr65.com Says:

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  2. shahida Says:

    salam,blh tuan crite serba sdkit ttg 1) kaedah alquran dlm mencegah drpd mngikut kraguan dan taklid, 2) mmerangi akidah buruk ahli kitab dn musyrikin? trme ksh…

    • sulaiman Says:

      Salam
      1) Taklid maksudnya ikut..Nabi Muhammad taklid kepada agama Nabi Ibrahim. Agama Nabi Ibrahim itu juga adalah Islam.

      An-Nahl [123] Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar dan tiadalah dia dari orang-orang musyrik.
      .. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. (Baqarah:135)

      2)Taklid kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan 4 mazhab yang besar:
      Baginda Mulia juga berpesan:
      …umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Tirmizi)

      Daripada 73 puak (jalan akidah) dikalangan umat Muhammad hanya satu (1) puak yang layak memasukki syurga. Satu-satunya puak yang terselamat daripada siksa azab neraka ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mereka yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan jamaahnya iaitu para sahabat Baginda Mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda:

      “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]

      Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”

      Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a.

      Dalam bab feqah, hendaklah bertaklid kepada mana-mana diatara 4 mazhab yang besar agar tidak berada dalam kesesatan.

      Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: