Allah SWT Menentukan Kepada Siapa Diberikan Kasih Sayangnya

Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Baqarah:105)

Ahli Kitab tidak mengingini Allah s.w.t menurunkan kitab selain daripada kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Mereka juga tidak mahu diturunkan Nabi dan Rasul yang bukan daripada kalangan bangsa mereka. Mereka juga telah mengubah kitab-kitab mereka agar sifat Nabi yang akhir itu tidak dikenali dan tidak diikuti.

Sikap mereka ini seolah-olah ingin memonopoli rahmat Allah s.w.t dan mahu supaya diturunkan nabi penutup (akhir) dari kalangan mereka juga walaupun sebelum itu telah diutuskan 4,000 nabi. Mereka ini mempunyai perasaan dengki dan tidak suka sekiranya rahmat Allah diturunkan dari kalangan bangsa Arab. Sedangkan Allah s.w.t bertanggungjawab ke atas manusia dan diutuskan para nabi dan rasul untuk membetulkan perjalanan hambanya. Allah s.w.t berhak memilih sesiapa sahaja dari makhluknya untuk dijadikan nabi dan rasul dan tidak perlu mengikut telunjuk sesiapapun.

Bahkan Allah s.w.t sendiri yang membentuk Nabi Muhammad s.a.w. sejak daripada Baginda kecil lagi. Baginda dibesarkan dalam kesusahan, kemiskinan dan yatim piatu agar kehidupannya mempunyai satu pengertian yang besar dan matang dalam kehidupannya. Baginda tidak pernah berbohong, tidak pernah terbuka auratnya dan telah berakhlak mulia sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.

Al-Qalam [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Tiada yang mampu menghalang Allah s.w.t daripada memberikan rahmat dan nikmatnya. Kata pepatah Melayu, ulat dalam batu pun boleh hidup. Bahkan di Alam Barzah sekalipun, Allah s.w.t. masih boleh memberikan nikmatnya kepada bakal penghuni syurga.

Advertisements

2 Respons to “Allah SWT Menentukan Kepada Siapa Diberikan Kasih Sayangnya”

  1. nnameles Says:

    Harap dapat dibetulkan.
    Nama surah ialah Al-Qalam dan bukannya Al-Qala.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: