Istiqamah, Sebaik Amalan dan Sentiasa Berwuduk

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Beristiqamah

Istiqamah bermakna tetap pendirian di atas kebenaran agama Islam.

Fussilat [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Selain dari itu, beristiqamah juga bermakna berterusan, tetap (sentiasa) beramal di atas sesuatu amalan yang baik mengikut pandangan Islam. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Sembahyang Adalah Sebaik-baik Amalan.

Sembahyang adalah sebaik-baik amalan, kerana ia adalah amalan hubungan terus (direct) diantara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Amalan lain misalnya berbuat baik kepada ibubapa merupakan amalan yang tidak dilakukan secara terus kepada Allah s.w.t

Ibadat yang skopnya merupakan hubungan terus menerus diantara hamba dengan Allah s.w.t. seperti ibadat sembahyang adalah lebih baik daripada yang tidak sebegitu. Manakala ibadah-ibadah lain pula tidak merupakan hubungan terus tetapi mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Misalnya ibadah puasa adalah untuk mengawal nafsu jahat dari menguasai hati, perasaan manusia. Ibadah haji pula bertujuan melahirkan kasih sayang kepada Allah s.w.t. Ibadah zakat pula bertujuan membaiki keadaan masyarakat Islam yang kurang bernasib baik.

Memelihara Wuduk

Hanya mukmin (orang Islam yang berkedudukan tinggi dan patuh kepada Allah s.w.t) dapat istiqamah dalam memelihara wudhu’nya. Mereka ini akan mengulangi wudhu’ sekiranya terbatal dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Mengekalkan keadaan sentiasa berwuduk bukanlah satu perkara yang senang, ianya amat sukar dan memerlukan mujahadah (pengorbanan) yang berat, dan hanya orang Islam yang bertaraf mukmin sahaja yang dapat melakukannya.

Dalam sebuah riwayat oleh Abdullah Bin Mubarak, seorang ulama hadith, Imam Abu Hanifah tidak pernah tidur malam selama 40 tahun kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam dan beliau mengekalkan wuduk solat Isyaknya hingga solat Subuh selama 45 tahun.

Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci. Tanpa wuduk sesorang itu dianggap berhadas kecil (secara rohani) atau “hadas hukmi”, iaitu tidak suci dari pandangan hukum, walaupun tiada najis pada badannya tetapi dia tidak dapat melakukan ibadah tertentu selagi tidak berwuduk.

4 Respons to “Istiqamah, Sebaik Amalan dan Sentiasa Berwuduk”

  1. kialjr65.com Says:

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  2. daudakpe Says:

    Assalamualaikum, wuduk adalah amalan rasullullah saw…

  3. Faridah Anim Says:

    Assalamualikum..sebelum keluar rumah saya pastikan diri dalam keadaan berwuduk sebaik mungkin saya cuba mengelak daripada bersentuhan dengan suami.kadang kala suami merasa tidak selesa dengan keadaan begini kerana tidak dapat berpegangan tangan..Minta pandangan ustaz dalam hal ini.Saya hanya ingin memelihara wuduk saya.Terima kasik.Wassalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam… Dalam mazhab Syafie memanglah batal, tetapi jika mahu boleh bertaklid kepada mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal bersentuhan.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: