Menyanyi, Main Gitar dan Berjenaka Dalam Masjid

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. 

Majlis ilmu dan pengajian agama adalah majlis mengingati Allah dan masjid pula adalah rumah Allah di bumi ini. Adalah tidak wajar jika majlis ilmu di masjid dipenuhi dengan gelak ketawa, nyanyian dan muzik. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan bunyi daun yang gugur pun dapat didengari.

Kita hendaklah mengikut jalan (amalan) para sahabat, para tabiin atau para imam mujtahid (imam 4 mazhab) kerana merekalah mukmin (orang yang beriman) kelas atasan yang lebih layak diikuti. Mereka lebih takut kepada Allah SWT kerana mereka lebih mengenali Allah SWT berbanding kita.

…… dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisa, 115)

Kesemua 4 mazhab sepakat mengatakan muzik adalah tidak baik dan haram hukumnya. Imam Syafie sendiri mengharamkan 6 jenis alat muzik yang terdapat pada zaman beliau (termasuk dalam kategori bertali, ditiup, digesek, dipalu). Pada zaman kita ni mungkin sudah terdapat beratus alat muzik. Keempat-empat mazhab sepakat bahawa muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya. Pendapat yang mengharuskan muzik ini adalah bertentangan dengan pendapat mazhab. Mengikut kitab Resmul Mufti, sesuatu fatwa yang dikeluarkan adalah tidak terpakai sekiranya ia bertentangan dengan pendapat mazhab, terutamanya apabila semua mazhab sebulat suara mengeluarkan pendapat yang sama.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukanlah untuk seronok-seronok. Maka penyampaian ceramah agama juga pelulah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Gantilah lawak jenaka dengan cerita yang boleh memberi teladan disamping boleh menghilangkan rasa mengantuk para pendengar.

Tinggalkan majlis ilmu yang dipenuhi gelak ketawa, lawak jenaka, nyanyian dan gurauan.

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).  (Al-Anaam, 68)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Menyanyi, Main Gitar dan Berjenaka Dalam Masjid”

  1. Hanzlah Bin Othman Says:

    saya rasa saya pernah mendengar kuliah nie..??mase nie Maulana menyampaikan kuliahnya dimana..??


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: