Hanya Allah SWT Boleh Melepaskan Kita

…..dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12)

Dalam satu peristiwa seorang kafir datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Kafir itu meletakkan pedangnya di dada Rasulullah SAW dan berkata:”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?”. Lalu Rasulullah pun menjawab dalam nada yang yakin: “Allah”. Terdengar sahaja jawapan yang penuh keyakinan dari mulut Nabi Allah itu, terjatuhlah pedang kepunyaan kafir itu kerana terkejut. Dengan pantas Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya pula kepada kafir itu dengan soalan yang sama. ”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?” Maka jawab kafir itu “kamu“. Lalu Rasulullah mengajaknya untuk memeluk Islam namun kafir itu menolak dan berjanji kepada Rasulullah:” Aku tidak akan memerangi kamu lagi dan aku juga tidak akan bersama dengan orang yang memerangi kamu”. Rasulullah dengan hati yang tenang melepaskan si kafir yang hendah membunuhnya tadi…

Kita telah dididik, bahawa kuasa Allah SWT melebihi kuasa segala makhluk. Oleh itu takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut dan sayangilah Allah SWT dengan sebenar-benar sayang.

Takut yang sebenar-benarnya ialah takut kepada Allah SWT.

Ali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa .

Sayang yang sebenar-benarnya ialah sayang kepada Allah SWT. Janganlah menyayangi sesuatu atau seseorang melebihi sayang kita kepada Allah SWT.

At-Taubah [24] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anakanak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteriisteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)

Allah SWT itu maha hebat tindakannya, dan jika Allah murka tidak ada siapapun yang dapat melepaskan diri. Mereka yang diseksa, adalah mereka yang degil atas kejahatan atau kekafiran mereka. dan mereka pula tidak mahu bertaubat.

Qaf [24] (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.

Nisaa [56] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Muhammad [15]…..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?….

Waqiah [53] Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [54] Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa pedih biasanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga di dalam neraka ada kala jengking sebesar keldai, jika menggigit maka akan merasa pedih biasanya selama empat puluh tahun

Allah SWT juga Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Walaupun seseorang itu telah melakukan kejahatan dan syirik selama bertahun-tahun lamanya, dosanya tetap diampunkan oleh Allah SWT sekiranya dia bertaubat, meskipun hanya memeluk Islam beberapa minit sebelum meninggal dunia, seperti diceritakan dalam kisah Bahram Majusi.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: