Rasulullah Membantu Melakukan Kerja Rumah

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat. Baca baki entri ini »

Jangan Bakhil Berselawat

Rasulullah SAW telah bersabda: “Orang yang bakhil (kedekut) ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atasku.” (Riwayat Ahmad: 1645). Baca baki entri ini »

Takutlah Pada Tuhan Yang Menciptakan Kamu

An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Solah, Zakat dan Kiriman Pahala

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah swt sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Baqarah:110) Baca baki entri ini »

Tips Jantina dan Kemiripan Wajah Anak

Berkata Ummi Salamah r.a. (isteri Baginda Mulia) telah bertanya Ummi Sulaim, katanya “Wahai Rasulullah (s.a.w.) sesungguhnya Allah (s.w.t.) tidak malu (dalam menerangkan hukum) yang sebenar, (soalnya) Adakah wajib di atas wanita mandi (junub) apabila ia bermimpi? Jawabnya “Ya, apabila beliau melihat air” (nutfah). Maka Ummi Sulaim menutup mukanya, dan bertanya (seterusnya) wahai Rasulullah (s.a.w.) adakah wanita juga bermimpi (sehingga keluar air nutfahnya) jawabnya, “Ya, cemar tangan kanan kamu dengan tanah (jika tidak) apakah sebabnya anaknya (wanita itu) menyerupainya?(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ditambah oleh Imam Muslim (keterangan) dari riwayat Ummi Sulaim tersebut (dengan sabdaan Baginda Mulia) “Sesungguhnya air nutfah lelaki pekat, berwarna putih, dan air nutfah wanita pula cairan kekuningan, maka nutfah yang mana dapat mengatasi (akan satu lagi itu) atau lebih dulu, (cepat) jadilah (anak tersebut) menyerupainya. Baca baki entri ini »

Kehebatan Azab dan Nikmat Allah

Jika di dunia manusia boleh mati akibat melecur atau terbakar, tetapi ahli neraka tidak mati walaupun dibakar berkali-kali. Allah s.w.t. tuan punya neraka sendiri memberitahu bahawa neraka itu adalah tempat yang buruk dan diberikan minuman yang buruk. Baca baki entri ini »

Sebahagian Tanda Kiamat

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »