Kaedah Pembatalan Hukum

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Baqarah:106)

Mazhab Syafie berpendapat bahawa hadith boleh membatalkan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-quran, walaupun hadith itu adalah hadith “khabar ahad” (seorang sahaja perawi yang mendengarnya).

Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa hadith “khabar ahad” tidak boleh membatalkan hukum yang terdapat dalam al-quran kerana bila seorang sahaja yang mendengar hadith itu mungkin terdapat kesilapan dalam pendengarannya. Mazhab Hanafi mengatakan hanya hadith yang mempunyai dua orang perawi atau lebih sahaja boleh membatalkan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-quran. Bagi mereka hadith  masyhur dan mutawatir adalah seimbang dengan ayat quran dan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang yang mendengar hadith itu.

Baqarah [282]…dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,….

Contoh 1: Sembelihan Binatang Oleh Muslim Yang Tidak Disebut Nama Allah

Al-Anam [121] Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa).

Mazhab Hanafi mewajibkan bacaan “Bismillah” semasa penyembelihan binatang berdasarkan ayat di atas dan bagi mereka tidak sah sembelihan yang tidak disebut nama Allah.

Mazhab Syafie pula tidak mewajibkan bacaan “Bismillah” berdasarkan hadith Khabar Ahad:

Riwayat ad-Daru Quthni daripada Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila seorang Muslim menyembelih dan dia tidak menyebut nama Allah (ketika menyembelih), maka hendaklah dia memakannya kerana dalam diri Muslim (sudah) ada nama dari nama-nama Allah.”

Contoh Ke 2: Tawaf Tanpa Wuduk

….dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. (Hajj:29)

Mazhab Syafie mewajibkan seseorang yang hendak tawaf itu berwuduk terlebih dahulu berdasarkan hadith yang mengatakan bahawa tawaf itu adalah sama seperti sembahyang, cuma boleh bercakap ketika tawaf.

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata “Tawaf mengelilingi Ka’abah adalah sama seperti perbuatan solat, hanya sahaja dibenarkan berbicara di dalamnya, bagi sesiapa yang berbicara di dalamnya maka janganlah berbicara kecuali perkara yang baik-baik.

Manakala Mazhab Hanafi berpegang pada ayat quran dan dalam ayat itu cuma disebut apabila seseorang mengerjakan haji, dia hendaklah tawaf dan tidak disebut tentang wuduk. Bagi mereka haji sah tanpa wuduk, tetapi dikenakan dam seekor kambing sekiranya seseorang itu tawaf tanpa wuduk.

Ayat Yang Dibaca Tetapi Hukum Telah Dibatalkan

Sebagai contoh hukum yang terdapat dalam surah al-Kafirun telah dibatalkan setelah turunnya ayat tentang jihad. Dalam surah al-kafirun, umat Islam disuruh membiarkan sahaja golongan kafir kerana mereka masih lemah pada ketika itu. Akhirnya setelah mereka kuat, turunlah ayat tentang jihad.

Baqarah [191] Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. 

Ayat Yang Tidak Dibaca Tetapi Hukum Masih Dipakai

Ayat berkaitan hukuman rejam ke atas lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan melakukan perzinaan. Hukuman ini masih digunapakai dan dilaksanakan walaupun ayatnya telah dimansuhkan bacaan dan juga tulisannya.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Kaedah Pembatalan Hukum”

  1. Shaharil Says:

    Tuan

    Harap dapat dibetulkan ejaan nama Allah, sepatutnya A huruf besar.

    Al-Anam [121] Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama allah …

    Sekian terima kasih


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: