Kelebihan Benar dan Kecelaan Berdusta

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya kebenaran adalah membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu memilih kebenaran maka tercatatlah dia disisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang itu berdusta dan selalu memilih dusta maka tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang pendusta (Riwayat Bukhari)

Dalam hadith disebut “bercakap benarlah walaupun pahit” dan “bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan).

Rasulullah Berkata Benar

Dalam satu peristiwa seorang kafir datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Kafir itu meletakkan pedangnya di dada Rasulullah SAW dan berkata:”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?”. Lalu Rasulullah pun menjawab dalam nada yang yakin: “Allah”. Terdengar sahaja jawapan yang penuh keyakinan dari mulut Nabi Allah itu, terjatuhlah pedang kepunyaan kafir itu kerana terkejut. Dengan pantas Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya pula kepada kafir itu dengan soalan yang sama. ”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?” Maka jawab kafir itu “kamu“. Lalu Rasulullah mengajaknya untuk memeluk Islam namun kafir itu menolak dan berjanji kepada Rasulullah:” Aku tidak akan memerangi kamu lagi dan aku juga tidak akan bersama dengan orang yang memerangi kamu”. Rasulullah dengan hati yang tenang melepaskan si kafir yang hendah membunuhnya tadi

Abu Bakar r.a. Digelar As-Siddiq Kerana Membenarkan Rasulullah s.a.w

Semasa Rasulullah diperjalankan ke Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk, ada daripada kalangan orang-orang Quraisy pergi berjumpa dengan Abu Bakar untuk menceritakan berita Israk Nabi itu dan bertanya ; Apakah engkau percaya berita itu ? Lantas jawab Abu Bakar “Betulkah dia (Rasulullah) menceritakan demikian ? Jawab mereka, “Betul !” Mendengarkan jawapan tersebut Abu Bakar pun segera menjawab, “kalau begitu tentulah sekali apa yang diceritakan itu benar, kerana dalam semua perkataannya ia benar semuanya. Dan aku membenarkannya dalam semua urusan yang lebih jauh dari itu dan aku telah membenarkannya dalam semua urusan wahyu dari langit tinggi.”. Semenjak itulah maka Abu Bakar digelar As-Siddiq (orang yang membenarkan).

Syurga Khas Untuk Para Siddiqin

Syurga Adn (Adnin) juga dijanjikan kepada pencinta kebenaran (Siddiqiin). Syurga Adn (Adnin) ialah umpama taman khas untuk golongan elit sepertimana taman-taman perumahan di dunia ini misalnya Taman Tun Dr.Ismail (TTDI). Syurga “Adn” adalah taman kepada 4 gologan VIP iaitu:

An-Nisaa [69] Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: