Mereka Nak Sangat Kita Kafir

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Baqarah:109)

Ahli kitab iaitu golongan Yahudi di Madinah ketika itu sangat suka sekiranya umat Islam kembali menjadi kafir seperti mereka. Begitu juga pada zaman sekarang ni, walaupun mereka tidak berjaya mengembalikan umat Islam kepada kekafiran, mereka cuba untuk melekakan umat Islam dan mempengaruhi kehidupan umat Islam supaya tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadith.

Mereka memang mengetahui kebenaran Islam tetapi mereka mahu kita sama-sama tergelincir dan sesat sama seperti mereka. Dalam ayat di atas Allah swt menyuruh umat Islam di Madinah ketika itu agar tidak menghiraukan mereka sehinggalah diturunkan perintah untuk mengusir golongan Yahudi keluar dari Madinah.

Mereka Membantah Keputusan Allah di Hari Kiamat
Dari Abdullah bin Umar r.a (katanya) Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya ajal (umur) kamu (umat Islam) berbanding dengan umat-umat yang telah lepas, adalah (sama) dengan waktu di antara solah Asar hingga jatuh matahari, dan bandingan di antara kamu dengan Yahudi, Nasrani adalah seperti seorang yang mengupah seorang melakukan kerja.

Kata (pemberi upah) siapa yang sanggup buat kerja untuk saya (dari pagi sampai tengah hari dengan upah) satu qirat? Maka kaum Yahudi melakukan (kerja tersebut) sempai ke tengah hari dengan upah satu qirat.

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari tengah hari sehingga waktu solah Asar, dengan upahan satu qirat? Maka kaum Nasrani melakukan kerja itu, dari tengah hari sampai waktu solah Asar dengan mendapat upah satu qirat.

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari waktu solah Asar hingga Maghrib, dengan upah dua qirat? Ketahuilah bahawa kamulah mereka yang melakukan kerja dari waktu solah Asar hingga Maghrib, Ketahuilah bahawa bagi kamu dua kali ganda pahala,

Maka kaum Yahudi dan Nasrani menjadi marah (di hari kiamat), mereka berkata, kami buat kerja lebih (kerana masa panjang) dan upah pula sedikit, lalu Allah Subhanahuwata’ala (bertanya mereka) “Adakah Aku telah menzalimi kamu dari hak kamu?” Mereka menjawab “Tidak”.

Allah Subhanahuwata’ala berfirman, itu kelebihan Ku (upah lebih) yang Aku kurniakan kepada siapa yang Aku mahu (iaitu kepada umat Muhammad saw)

Allah Memberi Rahmat Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki.

Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Baqarah :105)

Allah swt memberi rahmat kepada umat Islam kerana hanya umat Islam yang menyembah Allah dengan ibadah sembahyang dan puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah. Paderi-paderi Kristian dan Yahudi telah mengubah cara sembahyang mereka yang asal. Golongan Kristian sembahyang hanya berlutut (sepatutnya mereka sujud)  manakala golongan Yahudi pula sembahyang dengan menghantukkan kepala ke dinding (sepatutnya mereka rukuk). Di dalam sembahyang mereka, tidak ada pergerakan duduk, bangun, rukuk dan sujud. Mereka mengikut hawa nafsu mereka. Mereka juga telah mengubah waktu sembahyang dan puasa mengikut nafsu mereka. Bukan itu sahaja, kitab injil dan taurat pun mereka ubah mengikut rekaan hawa nafsu mereka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: