Sebahagian Tanda Kiamat

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).

Ilmu Dihilangkan dan Timbul Kejahilan

Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash Rodiyallahu ‘anhuma, aku mendengar Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam bersabda : Bahawasanya Allah subhanahu wata’ala tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah subhanahu wata’ala menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain – (Riwayat Muslim).

Apabila ulama dimatikan, tiada pengganti yang setaraf dengannya untuk menyampaikan ilmu agama. Maka ilmu agama hilang sedikit demi sedikit.

Selain itu ilmu agama dihilangkan kerana tidak ramai yang belajar ilmu agama dan mereka belajar selain daripada ilmu agama kerana bagi mereka ilmu agama tidak dapat menjamin masa depan.

Zina dan Arak Berleluasa

Barat menghalalkan perzinaan dengan alasan ia adalah perbuatan suka sama suka dan tidak membenarkan rogol kerana ia berlaku tanpa kerelaan. Islam pula mengharamkan perzinaan kerana anggota tubuh badan kita adalah milik Allah s.w.t, maka kita tidak boleh menggunakannya sesuka hati. Badan kita adalah kemudahan asas yang diberikan oleh Allah swt untuk kehidupan di dunia ini, oleh itu ia hendaklah digunakan menurut peraturan Allah.

“Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman, dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila dia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya.” (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)

Ramainya Perempuan dan Sedikitnya Lelaki

Apabila nafsu seseorang lelaki terangsang setelah melihat perempuan yang mendedahkan aurat, ia mungkin terbawa-bawa sehingga ke bilik tidurnya semasa berjimak dengan isterinya. Akibatnya ramailah anak perempuan yang lahir setelah melihat perempuan yang membuka selera nafsu lelaki. Ini adalah salah satu dari punca ramainya anak perempuan yang lahir di akhir zaman ini.

Selain itu seorang lelaki di syurga mempunyai dua orang isteri daripada perempuan dunia. Maka bilangan perempuan dunia juga perlulah ramai kerana dua kali ganda perempuan akan memasukki syurga dan lebih ramai lagi yang akan memasukki neraka.

Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Sebahagian Tanda Kiamat”

  1. Sebahagian Tanda Kiamat « Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Says:

    […] adalah wanita.”(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)  https://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/22/sebahagian-tanda-kiamat/ Like this:LikeBe the first to like this […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: