Tips Jantina dan Kemiripan Wajah Anak

Berkata Ummi Salamah r.a. (isteri Baginda Mulia) telah bertanya Ummi Sulaim, katanya “Wahai Rasulullah (s.a.w.) sesungguhnya Allah (s.w.t.) tidak malu (dalam menerangkan hukum) yang sebenar, (soalnya) Adakah wajib di atas wanita mandi (junub) apabila ia bermimpi? Jawabnya “Ya, apabila beliau melihat air” (nutfah). Maka Ummi Sulaim menutup mukanya, dan bertanya (seterusnya) wahai Rasulullah (s.a.w.) adakah wanita juga bermimpi (sehingga keluar air nutfahnya) jawabnya, “Ya, cemar tangan kanan kamu dengan tanah (jika tidak) apakah sebabnya anaknya (wanita itu) menyerupainya?(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ditambah oleh Imam Muslim (keterangan) dari riwayat Ummi Sulaim tersebut (dengan sabdaan Baginda Mulia) “Sesungguhnya air nutfah lelaki pekat, berwarna putih, dan air nutfah wanita pula cairan kekuningan, maka nutfah yang mana dapat mengatasi (akan satu lagi itu) atau lebih dulu, (cepat) jadilah (anak tersebut) menyerupainya.

Jantina

Nutfah yang mengatasi air nutfah yang lain, atau yang lebih cepat sampai ke rahim, maka anak akan menyerupainya (dari segi jantinanya).

”Air (sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma wanita, maka bayi yang lahir insya Allah lelaki, sedangkan sperma betina mengalahkan sperma jantan, maka bayi yang lahir insya Allah perempuan” (Sahih Muslim : 315)

Satu petua untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan cara suami menggosok perut isteri semasa kandungan itu masih dalam lingkungan 3 bulan dan berdoa sekiranya diberikan anak lelaki, akan dinamakan dengan nama Ahmad atau Muhammad. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda :

 “Sesiapa mempunyai isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta’ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu.

 

 

 

 

Kemiripan

Apabila air nutfah (air mani) seseorang melebihi air nutfah seorang lagi, maka jika takdirkan benihnya itu dibiakkan oleh Allah s.w.t., maka ia akan menyerupai kepada orang yang air nutfahnya yang lebih itu.Wajah bayi itu, nanti akan menyerupai rupa yang mempunyai lebihan air nutfahnya, tak kira jantina.

“Adapun kemiripan wajah anak, jika seorang suami bersetubuh dengan isterinya, jika sperma suami (lelaki) mendahului (melebihi) sperma isteri (perempuan), maka wajah si anak akan mirip dengan bapanya, sebaliknya jika air mani sperma isteri (perempuan) mendahuluinya (melebihi) sperma suami (lelaki), maka wajah si anak akan mirip si ibu” (Sahih al Bukhari: 3329)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: