Takutlah Pada Tuhan Yang Menciptakan Kamu

An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya.

Takutlah kepada tuhan yang menciptakan kita. Allah swt mencipta manusia daripada satu manusia iatu Nabi Adam a.s.. Adam bermaksud tanah. 

Al-Hijr [26] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. 

Allah telah memerintahkan malaikat untuk turun ke bumi untuk mengambil tanah tetapi bumi tidak mengizinkannya dan membantah kerana kebimbangannya terhadap manusia yang akan merosakkan muka bumi.

Al-Hijr [28] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Apabila Izrail turun ke bumi, pada mulanya bumi tidak mengizinkan di ambil tanahnya, tetapi Izrail mengatakan bahawa dia tidak meminta izin tetapi hanya menjalankan perintah Allah swt, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.

Kemudian Allah mencipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama.

Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Takutlah Pada Tuhan Yang Menciptakan Kamu”

  1. kialjr65.com Says:

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: