Allah Mencipta Segalanya Tanpa Perlu Kepada Contoh

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. (Baqarah:117).

Arkitek perlu membuat pelan sesuatu bangunan sebelum ianya dibina. Allah swt mencipta langit dan bumi, semua makhluk tanpa perlu kepada contoh, acuan dan tanpa perlu membuat ‘draft’ atau ‘drawings” terlebih dahulu, ia terus menjadi.

Yaseen [82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: jadilah engkau!. maka ia terus menjadi.

Dalam ayat ini disebut langit dan bumi kerana ia adalah dua ciptaan yang besar berbanding makhluk lain.

Allah swt menjadikan Nabi Adam tanpa perlu kepada sebarang contoh. Begitu juga bayi-bayi yang dilahirkan.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Allah Tidak Perlukan Anak

Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dialah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya. (Baqarah: 116) Baca baki entri ini »

Kisah Nabi Uzair

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah. Baca baki entri ini »

Passport Iman dan Visa Akidah

Kita datang ke dunia yang sementara ini dengan cukup mudah, tanpa perlu kepada pakaian, passport, visa dan bekalan. Tetapi kita susah apabila pulang ke negeri akhirat jika tidak memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan. Baca baki entri ini »

Ahli Syurga Lebih Mengenali Rumahnya di Syurga

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Akan diselamatkan orng-orang mukmin dari api neraka. Mereka akan ditahan di atas jambatan di antara syurga dan neraka, lalu sebahagian dari mereka membalas atas kezaliman sebahagian yang lain yang pernah berlaku masa di dunia ini, hingga apabila telah habis dan bersih makadiizinkan bagi mereka memasuki syurga. Demi Allah, yang diri Muhammad berada ditanganNya (kekuasaannya), sesungguhnya seorang dari mereka kenal tempat kediamannya di dalam syurga lebih dari ia kenal rumahnya di dunia ini.

Ahli syurga tidak memerlukan malaikat untuk mengiringi mereka ke rumah atau mahligai kediaman mereka. Jika di dunia manusia mengetahui jalan untuk pulang ke rumah mereka walapun melalui jalan yang berlainan, di syurga mereka lebih mengenali rumah kediaman mereka. Jika di dunia, manusia diiringi pekerja hotel untuk dibawa ke bilik mereka, di syurga nanti mereka tidak memerlukan malaikat untuk membawa mereka.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Larangan Memaki dan Mencaci

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.”

Dalam al-quran, Allah swt berfirman:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-Anam:108)

Bersikap Ihsan Dan Prihatin Walaupun Terhadap Binatang

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »