Doa Selepas Tahiyyat Akhir

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (iaitu tahiyyat akhir), maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah (ujian) Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Selain itu ada juga doa yang dibaca selepas tahiyah akhir sebelum salam yang bermaksud:

“Ya Allah, ampunkanlah sekalian dosa – dosaku yang awal dan akhir, yang telah ku keterlaluan dan yang nyata dan sembunyi, hanya Engkau yang lebih tahu dosa – dosaku. Ya Allah, lindungilah aku dari bencana orang – orang yang hidup dan mati, dari azab kubur dan neraka, dan dari bencana kejahatan dajjal. Wahai Allah yang mengubah hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu (Islam) dan taat kepadaMu, tiada tuhan selainMu, aku ini selalu berlaku zalim. (Maka ampunkanlah aku).

Baginda Mulia juga pernah berdoa sebelum salam dan selepas membaca tahiyat dengan membaca : “Wahai tuhan, Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari azab kubur dan dari azab neraka jahannam dan dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Doa Selepas Tahiyyat Akhir”

  1. Habib Ahmad Says:

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    Sertailah Forum ASWJ di : http://fahamislam.com/forum/


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: