Pengisytiharan Pewarisan Syurga

…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (43)

Para ahli syurga akan dikumpulkan mengikut keturunan mereka:

At-Tur [21] Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);…..

Allah pula akan mewariskan syurga miliknya itu kepada para ahli syurga. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.

Maryam [63] Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami.

Az-Zukhruf [72] Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan….


Ahli Syurga Bersyukur Allah SWT Memberikan Mereka Hidayah

….dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. …. (A’raf:43) Baca baki entri ini »

Sungai-Sungai Dalam Syurga

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing….(A’raf:43).

Bersabda Nabi s.a.w : “Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Tiada Hasad Dengki Dalam Syurga

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing ……… (A’raf:43) Baca baki entri ini »