Sungai-Sungai Dalam Syurga

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing….(A’raf:43).

Bersabda Nabi s.a.w : “Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur’an : “Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yangg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan”.

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : “Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?”

Jibrail a.s menjawab : ” Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui.”

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.

Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: “Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?”

Aku pun bertanya: “Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya”

Jawab Malaikat itu: “Kuncinya di dalam tanganmu”

Tanyaku : “Dimana?”

Jawabnya: “Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim”.

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: “Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya”.

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.

Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, siapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Sungai-Sungai Dalam Syurga”

  1. Habib Ahmad Says:

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Bersama Habib Ali Al Jufri di IIUm :

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    PESTA BUKU ANTARABANGSA KL KLIK : http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/100001039522731


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: