Bersikap Ihsan Dan Prihatin Walaupun Terhadap Binatang

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika terpaksa membunuh seseorang misalnya musuh, lakukannya dengan sebaik mungkin dan jangan pula menyeksanya dengan memotong anggota seperti kaki atau tangan. Begitu juga dalam menyembelih binatang. Islam mengajar agar ditajamkan pisau supaya tidak menyakiti binatang yang disembelih. Selain itu makruh hukumnya mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih kerana mereka merasa sedih dengan perbuatan itu.

Prihatinlah walaupun kepada binatang. “Rasulullah pernah menceritakan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

“Sebaliknya beliau juga pernah menceritakan bahawa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Allah s.w.t. bersifat Ar-Rahim, maha pengasihani maka dia juga menyukai orang yang bersifat pengasih. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang pengasih akan dikasihi Zat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”(HR. Tirmidzi).

Mereka yang prihatin dengan orang buta juga diberikan ganjaran syurga:

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang memimpin orang buta sebanyak empat puluh langkah kerana Allah, wajib (pasti) dia masuk syurga” (Riwayat Ibnu Abdi)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: