Allah Tidak Perlukan Anak

Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dialah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya. (Baqarah: 116)

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Kristian menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan kerana beliau lahir tanpa bapa. Ada juga yang berpendapat Mariam itu adalah isteri tuhan kerana beliau hamil tanpa suami. Sedangkan Nabi Adam yang tidak beribu dan berbapa tidak pula dianggap tuhan, begitu juga Siti Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam, tidak pula dianggap isteri tuhan.

Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Hurairah)

Hidup Allah tidak perlu kepada sesuatu samada anak, apalagi perlu kepada isteri. Allah SWT tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya. Hanya manusia yang lemah perlukan anak untuk menyambung keturunan mereka. Tetapi Allah itu tuhan yang awal dan dialah yang akhir, tidak mati, tidak mengantuk dan tidak tidur. Jadi untuk apa Allah perlukan anak

Al-An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: