Kisah Wali Ibrahim Adham

Ibrahim Adham adalah seorang raja Bukhara yang akhirnya meninggalkan istana setelah berlaku beberapa insiden. Beliau menuju ke Baghdad dan membina sebuah bangsal dan menyara hidup dengan menjual kayu api. Beliau telah mempelajari Tarekat Chistiyah daripada Fudail bin Iyad yang  mempelajarinya daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) yang berasal daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam)

Insiden 1

Pada suatu hari dia keluar memburu, setelah lama dia berada di atas kudanya maka dia pun berhenti dan mengeluarkan bekal makanannya untuk dimakan. Sedang dia makan tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang.

Melihat keadaan itu maka Ibrahim bin Adham pun naik ke atas kudanya lalu mengejar burung gagak tersebut. Akhirnya burung gagak itu hilang dekat gunung, maka Ibrahim bin Adham pun mendaki gunung tersebut dan didapatinya burung gagak itu berada dekat seorang yang mana kedua kaki dan tangannya di ikat.

Apabila Ibrahim bin Adham melihat orang itu maka dia pun membuka ikatan orang itu dan bertanya : “Bagaimana kamu boleh berkeadaan begini ?”

Maka berkata orang itu : “ Sebenarnya aku adalah seorang pedagang, aku telah di rompak oleh perompak dan mereka mengikat aku dan membiarkan aku bergini, aku berkeadaan begini sudah tujuh hari , dengan pertolongan Allah S.W.T maka burung gagak inilah yang selalu membawa makanan kepadaku , dia bertenggek di atas dadaku dan memotong-motong roti dengan paruhnya dan memasukkan ke dalam mulutku.”

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak membiarkan aku lapar. Setelah itu Ibrahim bin Adham pun bertaubat kepada Allah S.W.T,

Insiden 2

Ibrahim Adham adalah seorang raja. Beliau musykil dalam hati dengan seribu persoalan. Mengapa hati beliau tidak tenteram. Tinggal di istana kemewahan. Dan dipenuhi makanan yang lazat. Namun jiwanya penuh kegelisahan. Pelayan wanita Istana, sedang menyediakan tempat tidur Raja. Seperti biasa tempat tidurnya diatas tilam empuk yang dihiasi aneka sulaman. Setelah siap mengemas, timbul keinginan dihati wanita itu untuk merasai nikmat tidur diatas tilam empuk itu.

“Bagaimana rasanya tidur diatas tilam empuk ini. Tentu seronok”, fikirnya dalam hati. Sambil duduk ditepi, dia pun cuba letakkan kepalanya ditepi tempat peraduan Raja. Baru letakkan kepala, dia pun terus tertidur lena. Raja pulang dari perjalanan. Masuk ke tempat peraduan ingin beristirehat. Sebaik saja masuk bilik, alangkah marahnya melihat pelayan sedang tidur diatas tempat peraduannya.

Hatinya menggelegak….berani pelayan ini tidur di kamarku? Raja terus mencapai cemeti lalu dipukulnya wanita malang itu dengan sekuat hatinya dengan penuh kemarahan. Pelayan wanita itu terjaga, menjerit kesakitan. Dia sedar kesilapannya lalu memohon ampun.

“Ampuan tuanku, patik cuma ingin meletak kepala patik saja…tetapi terus tertidur. Ampunkanlah patik tuanku” Permohonan pelayan wanita itu tidak dilayan. Kemarahan Raja tak dapat dikawal lagi. Pukulan demi pukulan cemeti terus singgah dibadan wanita itu, mengoyak kulitnya yang lembut. Wanita malang itu terus menangis, meraung dan menjerit kesakitan. Darah mula memancut keluar daripada tubuh halusnya. Kesakitan tak tertahan lagi. Dia terus merayu agar di ampunkan tetapi Raja tiada belas kasihan malah disambung pukulannya.

Tiba-tiba satu diluar dugaan berlaku! Pelayan wanita yang menangis dan menjerit kesakitan itu tiba-tiba ketawa! Sehingga ketawanya memenuhi ruang istana! Ketawanya memenuhi ruang hati Raja! Sehingga tangan Raja terhenti dari memukulnya. Allahu Akbar! Suasana jeritan wanita itu bertukar rupa! Raja kehairanan! Mengapa tiba-tiba pelayan wanita itu ketawa….!

Raja : Apa yang menyebabkan kamu ketawa?

Pelayan wanita: (Tubuhnya berlumuhan darah…..sambil menahan kesakitan dia bersuara perlahan) Tuanku! Sewaktu Tuanku memukul tadi, terasa amat sakit…..tak dapat patik tahan. Tetapi tiba-tiba patik teringatkan hukuman Allah Ta’ala diakhirat nanti.

Raja : Apa yang kamu ingat? Kamu mengaku salah?

Pelayan wanita: Ya! Tuanku! Patik menerima hukuman tadi kerana terlelap sebentar diatas tilam empuk ini. Jadi patik terfikir kalaulah begini hukumannya kerana terlelap sebentar diatas tilam ini, bagaimana pula hukuman yang akan diterima oleh orang yang tidur diatas tilam ini tiap-tiap hari selama hidupnya!

Raja tergamam, mulut terkunci, tangan dan kaki menjadi kaku…tubuhnya berpeluh ketakutan…! “Benar kata wanita itu. Aku telah sekian lama menderhaka kepada Allah Ta’ala. Aku telah lalai dalam kemewahan dan keseronokan dunia. Aku telah lupa kepada Allah Ta’ala”. Tanpa sepatah kata beliau melangkah keluar dari istana beliau, membawa diri sehelai sepinggang. Kerajaan, harta kekayaan, kemewahan istana semuanya ditinggalkan.!

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: