Rahman dan Rahim (Rahmat) Allah

Allah bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasihani). Rahman itu khusus untuk dunia yang mencakupi kedua-dua golongan iaitu Islam dan kafir. Rahim pula khusus untuk akhirat dan hanya untuk umat Islam. Seseorang itu masuk syurga dengan rahmat atau belas kasihan Allah. Syurga adalah tempat Allah swt melahirkan kasih sayang kepada hamba-hambanya yang beriman.Rahman

Allah bersifat pemurah walaupun kepada orang-orang yang kufur (kafir) dan derhaka kepadanya. Oleh kerana kita hidup di ‘alam asbab’ yang memerlukan kepada ‘sebab’, maka sesiapa yang berusaha akan diberikan walaupun mereka itu kafir. Di dunia ini golongan kafir tetap diberikan kesenangan dan kemewahan walaupun mereka tidak beriman dan percaya kepada Allah.

Rahim

Di akhirat pula, kemewahan hanya diberikan kepada orang Islam di dalam syurga. Harta dunia hanya menjadi milik kita semasa hidup di dunia sahaja. Harta akhirat pula kekal selamanya. Di akhirat, orang-orang kafir tidak akan merasa walau setitik air sejuk.

Allah menyelamatkan manusia yang beriman dari menjadi kafir. Walaupun diberikan kemewahan kepada kafir semasa di dunia namun ia tidak menyamai tahap kemewahan di akhirat. Kemewahan di akhirat adalah untuk muttaqin (orang-orang bertakwa), yang taat dan patuh perintah Allah dan Rasul.

Az-Zukhruf [33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perakdan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

[34] Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

[35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.

Rahim ibu juga adalah satu tempat yang menunjukkan belas kasihan Allah swt. Tanpa belas kasihan Allah swt, bayi itu tidak akan menjadi. Dia jugalah yang menciptakan rahim ibu. Malaikat juga melaporkan kepada Allah apabila air benih berada di dalam rahim.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Anas r.a)

Masuk Syurga Dengan Rahmat Allah.

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Hadith riwayat Abu Hurairah ra.: Daripada Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Rahman dan Rahim (Rahmat) Allah”

  1. kialjr65.com Says:

    Reblogged this on KIYAIjr_@com.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: