Pembawa Kebenaran, Berita Gembira dan Amaran

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli Neraka. (Baqarah:119)

Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang membawa kebenaran iaitu agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf Allah swt.

Al-Maidah [19] : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah Subhanahuwata’ala ).

Agama Islam adalah milik Allah Subhanahuwata’ala  , oleh itu hanyalah agama Islam yang boleh diberikan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada manusia. Selain daripada agama Islam bukanlah milik Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah s.a.w. juga adalah pembawa berita gembira kepada mereka yang taat dan patuh kepada syariat dan peraturannya. Peraturan itu tidak ditunjukkan secara “direct” tetapi melalui Rasul sebagai orang tengah, yang menyampaikan syariat itu.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh(An-Nisaa:163)

Untuk selamat di dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, manusia perlu mematuhi hukum Allah yang disampaikan oleh Rasul. Segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan (Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.

Untuk selamat di akhirat, kita hendaklah sengaja beribadat iaitu melakukannya semata-mata kerana Allah.

Rasulullah s.a.w. juga adalah pembawa amaran tentang hari kiamat, azab kubur, perbicaraan di mahkamah Allah dan azab neraka.

Tugas Baginda dan kita sebagai umat Islam hanyalah untuk menyampaikan seruan dakwah. Kita tidak akan ditanya mengapa ramai manusia yang masuk ke dalam neraka. Daripada setiap 1000 manusia yang meniti Sirat di Hari Kiamat hanya 1 sahaja yang akan terus berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman).Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah s.w.t berfirman: Wahai Adam! Lalu baginda menyahut: Aku bersedia menerima perintahMu dan kebaikan ada di tanganMu. Allah berfirman: Keluarkan orang yang dikirimkan ke Neraka. Adam bertanya: Berapa orang yang dikirim ke Neraka itu? Allah berfirman: Dari setiap seribu orang, dikeluarkan sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang.

Hakikatnya Allah swt tahu siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka. Cuma Allah swt menghantar manusia ke dunia ini kerana mahu ahli neraka itu tahu punca mereka dimasukkan ke dalam neraka. Sekiranya kita merasakan kita telah melakukan amalan soleh dan kebaikan, maka teruskanlah agar dimasukkan ke dalam senarai ahli syurga. Sebaliknya jika merasa diri berada disebelah yang kurang baik, maka berubahlah agar tidak terus berada dalam senarai ahli neraka.

Dari Syafi Al-Ashbahi dari Abdullah bin Amr, dia bercerita. Rasulullah pernah keluar menemui kami dan di tangannya terdapat dua kitab (senarai). Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu dua kitab apa ini?” Kami menjawab, “Tidak, kecuali engkau memberi tahu kami, ya Rasulullah.” Untuk kitab yang berada di tangan kanannya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab dari Tuhan semesta alam Tabaraka wa ta’ala yang mencatat nama-nama para penghuni syurga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka. Kemudian Dia menetapkan dengan tidak menambah atau mengurangi selama-lamanya.”Sedangkan untuk kitab di tangan kirinya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab untuk para penghuni neraka yang mencatat nama-nama mereka dan juga nama-nama nenek moyang mereka. Lalu Dia menetapkannya dengan tidak menambah atau mengurangi dari mereka untuk selama-lamanya.”Kemudian para sahabat Rasulullah saw. bertanya, “Kalau begitu untuk apa kita beramal jika itu tidak ada manfaatnya?” Rasulullah saw. menjawab, “Teguhkan dan dekatkan lah, kerana penghuni syurga telah ditetapkan baginya amal penghuni syurga, meskipun dia berbuat amalan apa saja.Sedangkan penghuni neraka telah ditetapkan baginya amal penghuni neraka meskipun dia mengerjakan amalan apa saja.” Lalu Rasulullah saw. mengangkat tangan kanannya serta berkata, “Golongan ini masuk syurga.” Kemudian beliau mengangkat tangan kirinya serta berkata, “Dan golongan ini masuk neraka.”[Diriwayatkan Imam Tarmidzi dari Qutaibah dari Laits Abu Qubaili dari Syafi. Dan dari Qutaibah dari Bakr bin Nashr dari Abu Qubail. Dalam Hal ini Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih gharib. Juga diriwatkan Imam Nasa’i dan Imam Ahmad.]

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: