Penyembahan Gambar

Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kisah umat yang terdahulu. Apabila orang yang soleh di kalangan mereka meninggal dunia, mereka melukis gambarnya serta menyembahnya. Setelah pemergian Nabi Idris, usaha dakwahnya diteruskan oleh lima (5) orang anaknya yang bernama Wad, Suwa’, Jaguth, Ja’uuq dan Nasr. Mereka  dicintai oleh masyarakat dan ketika mereka wafat, masyarakat merasa sedih kerana kehilangan mereka. Setelah kematian mereka berlima, syaitan telah menyamar sebagai manusia (orang tua) dan mencadangkan kepada kawan dan keluarga supaya melukis gambar mereka berlima sebagai mengenang jasa mereka. Lalu gambar itu digantung dalam setiap rumah mereka yang hidup di zaman itu.

Setelah masa berlalu dan manusia mula lupa tentang 5 orang tadi, Syaitan kembali lagi dan menyamar sebagai manusia. Kali ini dia menyuruh manusia menyembah gambar nenek-moyang mereka yang telah lama mati itu sebagai mengenang jasa mereka.

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa` dan Yaghuth dan Ya`uuq, serta Nasr. (Nuh:23)

Mereka telah melakukan syirik disebabkan lukisan yang menggambarkan lima orang soleh pada masa mereka. Mereka memasang/meletakkan lukisan tersebut di majlis-majlis, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an dengan firman-Nya.

2 Respons to “Penyembahan Gambar”

  1. samri sayful ansar Says:

    Assalamualaikum waraahmatullahi wabarakatuh, Saya nak bertanya bagaimana dengan gambar gfamily, kartun, artis dan para wali songo. digantung di dalam rumah..Wallahualam


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: