Kisah Hawariyyiin (Murid Nabi Isa)

Dan (ingatlah) ketika orang-orang Hawariyyiin berkata: Wahai Isa Ibni Mariam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab: Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman. (Maidah:112)

Mereka berkata: Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat) dan supaya tenang tenteram hati kami dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri. (Maidah:113)

Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Maidah:114)

Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk. (Maidah:115)Huraian

12 orang murid khas Nabi Isa itu dikenali sebagai Hawariyyin. Mereka kelihatan seolah-olah mencabar kekuasaan Allah s.w.t tetapi sebenarnya mereka belum mengetahui kekuasaan Allah disebabkan kejahilan mereka.

Allah swt berkuasa menghidupkan manusia yang mati, maka menurunkan hidangan itu adalah sesuatu yang mudah.

Qaf [11]…dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).

Golongan Hawariyyin memerlukan bukti dan mahu melihat terlebih dahulu kekuasaan Allah. Kita sebagai umat Muhammad pula tidak memerlukan bukti selain al-Quran kerana keimanan dan jangkauan ilmu kita lebih tinggi.

Riwayat dari ‘Umar r.a. katanya bahawa beliau duduk di sisi Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw bertanya maksudnya :Siapakah yang paling afdhal sekali dari segi keimanan? Selepas para Sahabat menyebut para malaikat dan nabi, baginda bersabda:“Makhluk yang paling utama sekali dari segi keimanan ialah kaum yang ada dalam sulbi para lelaki yang beriman denganku walhal mereka tidak melihatku, mereka mendapati helai-helai kitab kemudian mereka beramal dengan apa yang ada di dalamnya, mereka itulah makhluk yang paling utama dari segi keimanannya

Nabi Isa memberitahu pengikutnya agar bertakwa iaitu takutlah kepada Allah kerana perkataan mereka meminta diturunkan hidangan itu seolah-olah mencabar kekuasaan Allah.

Ulama berbeza pendapat tentang turun atau tidak hidangan tersebut. Ada yang berpendapat ia tidak diturunkan sama sekali kerana Nabi Isa tidak sanggup menerimanya dan bimbang umatnya akan kufur juga selepas itu. Sebahagian ulama berpendapat hidangan itu diturunkan dan mereka yang kufur selepas itu dimasahkan (ditukar bentuk) menjadi babi dan akhirnya meninggal dunia.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: