Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya ………Surah Rum (Ayat:20-22)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Dia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. (Rum:20)

Mencipta Manusia Daripada Tanah

Dalam ayat yang lain:

Ar-Rahman [14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.

Ketika Iblis Azazil enggan sujud kepada Nabi Adam, dia menjawab:

Al-Hijr [32] Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.[33] Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya

Mencipta Isteri Dari Jenis Manusia

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Rum:21)

An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya.

Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Hurairah)

Kejadian Langit, Bumi, Perbezaan Bahasa dan Warna Kulit

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Rum:22)

Langit dan bumi terdiri daripada 7 lapisan.

An-Naba [12] : Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] : Allah swt yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Bukti langit berlogam:-

Maryam [90] : Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] : Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

Allah berkuasa mencipta pelbagai bahasa melalui pergerakan lidah di dalam kawasan mulut yang kecil. Bahkan Allah berkuasa mencipta cap jari yang berbeza bagi setiap manusia di dalam satu kawasan yang kecil.

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Qiyamah:3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah:4)

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Tanda-Tanda Kekuasaan Allah”

  1. maizura Says:

    Apkh yg di mksud kn ngan al hakim.dan tanda2 allah bersifat al hakim.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: