Tengok Sekali Pun Tak Boleh Kalau Sengaja

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Termizi dari seorang wanita bernama Burairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu (Yang bermaksud): “Wahai Ali, janganlah kamu turuti pandangan kamu dengan pandangan lain, kerana pandangan pertama memang halal untuk kamu tetapi tidak halal bagi pandangan yang kedua.”

Pandangan yang pertama itu dibenarkan hanya sekiranya ia dilakukan tanpa niat atau secara terserempak. Jika sengaja ingin memandang, maka ianya berdosa walaupun pandangan yang pertama.

Kata pepatah Melayu, dari mata turun ke hati. Pandangan mata itu jugalah yang menaikkan nafsu. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram. Walaupun Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati.

Diriwayatkan, Rasulullah saw berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan Baginda.

An-Nur [30] : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Selain lelaki, perempuan juga diminta menahan daripada memandang lelaki kerana ia juga boleh menyemarakkan nafsu.

An-Nur [31] : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)……

Islam juga melarang seseorang melihat atau memandang ke dalam rumah orang lain sebelum diizinkan.

Rasulullah s.a.w bersabda :Sesiapa yang mengintip ke dalam rumah orang, sebelum diberi izin untuk masuk ke dalam, maka sesungguhnya dia tidak meminta izin (Hadith Riwayat Abu Daud).

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kamu bersalah, jika seseorang yang mengintip ke dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya mengunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Isra [36] : ….sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: