Menghubungkan Silaturahim

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya antara bakti yang paling baik, ialah seseorang yang menghubungkan silaturahim dengan rakan bapanya setelah bapanya tiada (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui al-Mughirah).

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Sesiapa yang ingin mengembirakan bapanya di alam Barzakh, hendaklah dia membuat hubungan dengan kawan, saudara bapanya setelah bapanya meninggal (Riwayat Abu Ya’la Ibni Umar)

“Carry on” dan teruskan perhubungan dengan kawan dan saudara mara bapa. Bagi perempuan, teruskan hubungan dengan kawan dan saudara ibu. Buat baik kepada mereka seperti meneruskan amalan sedekah atau zakat yang pernah diberikan bapa kepada mereka.

Islam mementingkan silaturrahim. Dalam hadith yang lain disebut, 1000 kawan masih dikira sedikit, seorang musuh sudah dikira ramai.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim (Riwayat Bukhari).

Kalau kita berbuat baik dengan orang lain, Insyaallah mudahlah dan murahlah rezeki kita.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: