Tiga Pintu Kebaikan

Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan kesalahan (dosa) seperti air memadamkan api, dan seorang insan yang sembahyang pada penghujung malam.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad). Baca baki entri ini »

Sembahlah Allah Secara Sukarela

Untuk selamat di akhirat, kita hendaklah sengaja beribadat iaitu melakukannya semata-mata kerana Allah.  Ulama terdahulu mengajar kita berniat “Sengaja aku sembahyang kerana Allah” supaya kita mengikhlaskan atau melakukan sembahyang secara sukarela, daripada kehendak hati dan bukannya kerana paksaan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Baitullah

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud. (Baqarah:125) Baca baki entri ini »

Amalan Untuk Masuk Syurga

“Daripada Mu’adz bin Jabal RA, ia berkata, “Dalam suatu perjalanan, pernah aku bersama Rasululah SAW. Pada suatu hari saat sedang berjalan-jalan, aku mendekati Baginda, lalu berkata, Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku akan suatu amalan yang dapat menyebabkan aku masuk syurga dan jauh dari neraka.” Beliau menjawab, “Engkau telah menanyakan suatu perkara yang amat besar namun sebenarnya ringan bagi orang yang dimudahkan oleh Allah; hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak berbuat syirik terhadap-Nya dengan sesuatu apapun, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji…. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Muadz Bin Jabal r.a.

Ketua ulama di syurga ialah Muaz Bin Jabal r.a.. Allah s.w.t mengekalkan status ulama di syurga. Tujuannya ialah supaya mereka dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta daripada Allah s.w.t apabila Allah berfirman “Mintalah” semasa diadakan majlis mingguan bersama Allah setiap Jumaat.  Baca baki entri ini »

Ibadah Yang Difardhukan di Langit

Rasulullah s.a.w. mengalami kesedihan setelah kematian dua insan yang amat disayanginya iaitu isteri Baginda Siti Khadijah r.a. dan bapa saudaranya Abu Talib. Kemudian Baginda berhijrah ke Taif untuk meneruskan dakwah tetapi tidak diterima penduduk Taif pada ketika itu sehingga berdarah kaki Baginda dilontar batu. Akhirnya, Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan memperjalankan Baginda Mulia dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Baca baki entri ini »

Dua Kalimah Syahadah

Syahadah bermaksud naik saksi atau menjadi saksi. Dalam kalimah syahadah kita menjadi saksi kepada 2 perkara iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila seseorang itu menjadi saksi, maka dia hendaklah mempertahankan dan menyebarkan kebenaran Islam, iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan di lidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”. Baca baki entri ini »