Empat Perkara Yang Diharamkan Bisnes

“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”  (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)

1) Arak. 

Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak. Jauhi sebarang jual-beli atau perniagaan yang melibatkan arak samada dari anggur, tamar dan sebagainya.

2) Bangkai

Bangkai ialah apa-apa sembelihan yang tidak menepati hukum syarak dan bangkai bukanlah barang dagangan di sisi Islam. Bangkai itu haram kerana darahnya tidak mengalir keluar disebabkan tidak betul cara sembelihannya seperti tidak putus urat leher dan urat halkumnya.

Al-Maidah [3] Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah ,

Belulang (kulit), tanduk atau gading tidak termasuk dalam kategori bangkai kerana bahagian ini tidak dimasukki darah.

3) Babi.

Semua mazhab sepakat bahawa babi adalah haram dan najis ain iaitu seluruh zatnya adalah najis. Kulit babi tetap tidak boleh dipakai walaupun disamak, sepakat kata dalam semua 4 mazhab.

4) Berhala

Islam mengharamkan penjualan patung makhluk bernyawa yang cukup anggotanya. Sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa penjualan anak patung dibolehkan berdasarkan kepada hadith Aisyah bermain anak patung semasa kecil, sedangkan anak patung yang itu hanyalah dalam bentuk kain dan tidak cukup anggota seperti mata, mulut dan telinganya. Tambahan pula pada masa itu adalah permulaan Islam dan hukum juga belum mantap.

2 Respons to “Empat Perkara Yang Diharamkan Bisnes”

  1. Roslinah binti haji Saikon Says:

    Salam Ustaz,
    Saya ada pertanyaan berkenaan dengan arak. Saya bekerja di syarikat pengangkutan. Baru-baru ini saya di arahkan oleh majikan untuk mengambil barang di Singapura. Pada masa yang sama saya tidak pasti apakah dagangan yg akan di keluarkan ini disebabkan semua dagangan bercampur.
    Setelah selesai urusan pengambilan oleh pemandu lori baru kami diberikan senarai dagangan yang telah di ambil. Dan saya dapati ada dagangan yang harus di hantar kepada syarikat GUIENESS ANCHOR di Selangor. Tetapi dagangan itu bukanlah arak yang sudah siap ianya hanya cecair chemical yang kami sendiri tidak pasti apa kegunaannya.

    Kebanyakan pemandu lori menolak untuk menghantar dagangan tersebut kerana semuanya beragama islam.
    Ini menjadikan kemarahan kepada majikan saya (berbangsa cina)

    Dan persoalan yang majikan saya utarakan seperti dibawah. (saya ambil terus dari email yg beliau beri kepada kami)

    ” I don’t see why entering into GAB (GUIENESS ANCHOR) is HARAM????
    Then what the Muslim’s in the factory doing?

    I said I don’t load liquor & cigarette and dosen’t meant entering is prohibited too.

    If HARAM then should asked Government to closed Carlsberg, GAB and other brewery too.”

    Saya mengharapkan sangat agar Ustaz dapat memberikan jawapan.

    Sekian. Terima Kasih.

    • sulaiman Says:

      Dalam sebuah hadith disebut, sesiapa yang ada depan maksiat tapi dia tidak redha dengan maksiat itu, (misalnya terpaksa menghadiri urusan kerja yang melibatkan maksiat) maka dia dikira tidak hadir dan tidak berdosa. Sebaliknya, sesiapa yang tidak berada depan maksiat, tapi dia suka dengan maksiat itu, maka berdosalah dia.

      Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia melihatnya. (HR. Abu Dawud)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: