Nabi Ibrahim Berjaya Dalam Ujian Allah SWT

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya….(Baqarah:124)

Dihalau Dari Rumah

Semenjak dari kecil lagi Nabi Ibrahim telah diuji. Bapanya seorang tukang pembuat berhala dan memakan hasil jualan berhala. Baginda disuruh menjual berhala oleh ayahnya. Baginda menjual berhala sambil mengatakan “siapa yang nak beli benda tak berfaedah ni”. Juga direndam dan dicelupnya berhala itu ke dalam air dan meminta berhala itu tunjukkan kekuasannya melepaskan diri.

Dan (ingatlah) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.(Al-Anaam:74)

Bapanya menghalau baginda dari rumah kerana bencikan berhala.

Maryam [46] (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa

Lalu Nabi Ibrahim meninggalkan bapanya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah;( Az-Zukhruf:26)

Dibakar Dalam Api

Suatu hari kaumnya mengajak Nabi Ibrahim untuk menghadiri suatu majlis puja semangat. Nabi Ibrahim memandang kepada bintang yang juga merupakan tuhan kaumnya pada masa itu lalu berkata:

Kemudian dia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit). (Saafat:88) Lalu berkata: Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama). (Saafat:89)

Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia. (Saafat:90)

Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): Mengapa kamu tidak makan? (Saafat:91) Mengapa kamu tidak menjawab? (Saafat:92)

Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). (Saafat:93) (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. (Saafat:94)

(Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata: Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? (Saafat:95) Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (Saafat:96) (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. (Saafat:97) Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). (Saafat:98)

Namun Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah swt yang menyejukkan api dan menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kesejukkan itu.

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Diperintahkan Menyembelih Anak

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (Saafat:102)

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (Saafat:103)

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (Saafat:104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (Saafat:105)

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (Saafat:106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (Saafat:107)

4 Respons to “Nabi Ibrahim Berjaya Dalam Ujian Allah SWT”

  1. adisman Says:

    salam ustaz,,

    1. kenapa nama nabi ibrahim dan muhammad disebut di dalam bacaan tahiyat akhir. apakah kaitan antara kedua2nya, maafkan saya ya, saya masih tak jumpa penjelasannya.

    2. Imam mahdi juga dikatakan berketurunan daripada nabi muhammad dan nabi ibrahim. boleh tak ustaz jelaskan salasilah nabi muhammad dan nabi ibrahim sehingga ke imam mahdi.

    • nazha Says:

      kerana nabi ibrahim adalah nenek moyang rasulullah s.a.w. Dan Allah telah berjanji untuk memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada seluruh keturunan rosulullah s.a.w yang terdahulu mahupun yang telah pergi. “Alihi ibrohim…” bermaksud ahli2 (keluarga) ibrohim… “Waa lihi Muhammad…” ahli2 keluarga Muhammad…wallahu a’lam


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: