Baitullah

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud. (Baqarah:125)

Nabi Ibrahim dan anaknya telah diperintahkan untuk membina semula Baitullah pada tapak yang asalnya. Maka Nabi Ibrahim pergilah ke sana namun tidak dapat melihat tapaknya yang telah tersembunyi. Lalu Allah s.w.t menggerakkan awan ke atas Baitullah Al-Haram pada kadar panjang dan lebarnya. Pada awan itu ada kepala, dua matanya dan lidahnya berkata-kata : Wahai Ibrahim bina olehmu ke atas kadarku “.

Dalam riwayat yang lain, diturunkan hujan lebat dan air deras untuk meleraikan pasir dan batu dan menampakkan tapak Kaabah.

Maka diperbuat asasnya iaitu dindingnya atas kadar awan itu, dan pergilah awan itu. Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Ayat di atas juga menerangkan beberapa perkara:

1) Tempat tumpuan bagi umat manusia .

Baitullah merupakan tempat untuk umat Islam berulang-alik mengumpul pahala. Antara kelebihan Masjidil Haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (100,000) gandaan pahala sembahyang di masjid lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.

2) Tempat yang aman. 

Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.

Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia

3) Makam Ibrahim itu tempat sembahyang

Makam Ibrahim ialah tempat Nabi Ibrahim berdiri semasa Baginda membina semula Kaabah. Disunatkan sembahyang dibelakang Maqam Ibrahim selepas selesai melakukan tawaf.

4) Bersihkanlah Rumahku untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf  dan orang-orang yang rukuk dan sujud.

Rumah Allah adalah tempat bagi umat Islam membersihkan hati atau batin mereka. Selain Baitullah, masjid dan surau juga hendaklah dalam keadaan bersih kerana ia adalah tempat ibadat. Bukan sahaja pakaian dan tubuh badan perlu bersih, malah tempat sujud juga perlu bersih.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: